Salad Kerang Berkeju

Salam semua, pagi tadi breakfast salad kerang dan teh o suam, wah skema punya breakfast dah..hahhaa, yelah kan tengah semangat Diet Atkins, kang kalau tak diet nanti anak panggil Oh Gemuk! pulak kan..eehehe.

So menu pagi tadi sangat simple, Salad Kerang, 1st time buat salad kerang, resepi suka hatilah tu, dah kerang boleh makan dalam diet atkins nie so bantai ajelah, kena pandai variasikan menu barulah tak bosan πŸ™‚

Continue reading “Salad Kerang Berkeju”

Diet Atkins

Salam semua, hari ini adalah hari pertama Yan mengamalkan diet jenis diet atkins. mudahan dipermudahkan bagi Yan untuk melakukan diet atkins ini. sebabnya sebelum nie dah pernah pun buat atkins diet nie tapi cuma boleh bertahan selama 4-5 hari sahaja, mana tidaknya disiplin tu tak kuat, asyik goyah aje. Insyallah kali ini akan Yan buat dengan cara yang betul dan berdisiplin, amin…you can do it Yanmie!!

Google Images

Sekarang ini Yan dalam tempoh Induction 2 minggu untuk diet atkins nie, dalam tempoh dua minggu nie hanya 20g carb sahaja yang diperlukan.

Continue reading “Diet Atkins”

Senaman untuk mengurangkan selulit di peha

Salam semua, baru kejap tadi melakukan aktiviti senaman setelah hampir setengah tahun tidak bersenam, sila percaya yea! ehehe. ini disebabkan oleh entry Oh Gemuk!. Makin bersemangat jadinya nak menurunkan berat yang tak stabil nie, kejap turun kejap naik, bila berat naik bukan main mendadak lagi, tapi nak turunnya tu agak semput-semput sikit..huhu

Google Images

Insyallah start besok Yan akan memulakan Diet jenis Diet Atkins, sebelum nie cuma kawal pemakanan sahaja. tapi insyallah kali nie agak serius sikit, maklumlah raya dah nak dekat, peha (selulit) pulak nie makin membesar, rasa rendah diri tu semakin menguasai diri bila berkeadaan macam nie. even duduk rumah aje pun, tapi serius memang tak selesa berbadan macam nie, terutamanya dengan selulit kat peha nie, lemak degil betul!

Teringat zaman sebelum berkahwin, berat 42kg tu! alangkah bagusnya kalau dapat berat zaman bujang dulu, zaman bergelar pelajar kolej..ekeke. Zaman bergetah lagi tu…hahahaa

Continue reading “Senaman untuk mengurangkan selulit di peha”

Tips Sederhana turunkan berat badan

Salam semua, barang yang dinanti-nanti dah pun sampai minggu lepas lagi, Yan ada order SIY kat Siyonlineshop.com. Sebelum nie memang Yan mengambil produk SIY nie, cuma Yan skip 2-3 bulan kot sebab memang tak lalu nak makan apa-apa jenis produk untuk menurunkan berat badan. Ehek…ikut mood sebenarnya πŸ™‚

Produk SIY dan Sabun Bionik aka Sabun Kurus

Nak tahu sabun untuk kurus pun ada jugak, Yan baru guna 1 ketul je, setakat ini memang nampak lah jugak hasilnya sikit-sikit dimana selulit kat peha nie ada perubahan mengecil sedikit, yelah better ada daripada takde perubahan kan πŸ™‚ harga pun tak mahal, murah aje…ada sesiapa nak??

Continue reading “Tips Sederhana turunkan berat badan”

Promo baik punya – meh singgah

Salam semua, slmt pagi. Nak tahu baru-baru nie Yan tukar pencuci muka, sebelum nie Yan memang guna Produk Neutrogena tapi sajalah gatal nak tukar angin pulak guna produk Safi Rania Gold. Ya rabbi sangat-sangat tak sesuai dengan kulit muka Yan, Muka jadi berjerwat kecik aka jerawat pasir, blackhead, kering dan macam-macam lagi. hem…maybe produk nie sesuai untuk orang lain tapi bukan untuk Yan πŸ™‚

So semalam tak boleh tunggu lagi, dah tak selesa sangat-sangat dah guna Produk Safi Rania Gold tu, terus ajak en.hubby pukul 8 malam semalam pergi Watson Bukit Tinggi, beralih balik guna Produk Neutrogena πŸ™‚

Inilah dia Produk Neutrogena yang Yan Guna, taubat taknak tukar lain dah..huhu

Continue reading “Promo baik punya – meh singgah”

Mak mertua kata agar aku mudah bersalin nanti, wah! apakah?

Salam semua, wah tajuk entry bukan main gempak lagi tu, hahaha. Sila percaya ayat atas tu adalah statement yang keluar dari mulut Mak Mertua Tercinta πŸ™‚ Apakah dia inginkan cucu lagi?? hehehe

Ok berbalik pada tajuk entry, Mak mertua ada belikan Yan Bunga Kering dari Mekah, katanya nanti dah nak bersalin boleh minum air rebusan bunga kering tu, hem…tapi macam tak lalu pulak, tengok gambar bawah πŸ™‚

See, inilah dia Bunga Kering tersebut, hem rasa macam takleh masuk tekak aje, hahhaa adoii camne nie?? nak telan ke tak ek nanti??

Continue reading “Mak mertua kata agar aku mudah bersalin nanti, wah! apakah?”

Rokok mengandungi sel darah babi

Salam semua, Seperti yang kita tahu merokok boleh membahayakan kesihatan dan baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan berita tentang Rokok yang mengandungi Sel Darah Babi, eee…ngeri je bunyinye kan? tak payah lah nak cari rokok jenis jenama apa yang mengandungi sel darah babi tu, asalkan namanya rokok bawa-bawa lah behenti..huhuhu*nasihat je, tak nak dengar sudah* my en.hubby pun Yan tak nampak lagi hisap rokok.

Gambar sumber dariΒ Kosmo.com.my

Susah-susah kalau nak sangat jugak merokok tu hisap jelah rokok daun ke (murah), ataupun rokok elektronik, tapi mahal sikit lah..hehee…boleh baca entry yang Yan penah tulis dulu pasal rokok elektronik nie kat SINI. Tapi lagi bagus kalau berhenti je terus dari merokok, yelah merokok kan membahayakan kesihatan. Sayangi diri anda dan orang disekeliling anda.

Continue reading “Rokok mengandungi sel darah babi”

Senaman mata – Jom cuba ini!

Jom tengok gambar bawah ini, sama ada apa yang kita fikir itu sama dengan apa yang kita lihat….cikidaut….

Tengok gambar atas, titik-titik pink sentiasa berpusing-pusing, apa yang perlu korang buat hanyalah memfokuskan penglihatan kepada tanda (+) yang berada di tengah-tengah gambar tersebut untuk beberapa seketika.

Continue reading “Senaman mata – Jom cuba ini!”

Rokok Elektronik alternative kepada Rokok Tembakau

Korang tahu tak sekarang nie dah ada Rokok Elektronik, Alternative kepada Rokok Tembakau. Seperti yang semua tahu, merokok boleh membahayakan kesihatan diri sendiri, malah jugak membahayakan orang disekeliling. Sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.

Rokok Tembakau jugak mengandungi racun yang sangat berbahaya seperti Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. *Aduh…en.hubby Yan seorang perokok, tetapi dia merokok hanya bila lepas makan sahaja.*

Klik untuk dapatkan FREE Apple iPad 2!!!!

Tidak seperti Rokok Elektronik atau dikenali sebagai E-cigarette, adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Di mana Rokok elektronik tidak mengandungi tar, karbon monoksida dan bahan kimia lain seperti yang terkandung di dalam Rokok Tembakau yang boleh menyebabkan kanser.

Rokok Elektronik boleh di hisap seperti biasa tanpa perlu menggunakan pemetik api, Rokok Elektronik jugak tidak mengeluarkan asap. Hem…mesti harganya pun secanggih Rokoknya kan…hehhee

Kalau ada sesiapa yang pernah menghisap Rokok Elektronik nie silalah beri komen yea. Nak tahu jugak testimoni kawan-kawan, kot-kot en.hubby boleh rembat satu…ahaks..