Drama Projek Memikat Suami Astro Ria

Assalammualaikum, Drama Projek Memikat Suami Astro Ria best!, episode pertama saya sempat layan bersama suami, gelak sama-sama nengok, macam best je drama ni, insyaALLAH ada kelapangan nak follow drama ni sampai habis hehee, syiok sebab pelakon pun ngam dengan watak yang diberikan.

drama projek memikat suami astro ria

Drama ini merupakan drama adaptasi dari Novel Projek Memikat Suami hasil karya dari Hanina Abdullah. Untuk episode 1 Projek memikat suami ini sangatlah best, lakonan hebat Emma Maembong, Aiman Hakim Redza serta ramai lagi. Sinopsis setiap episode boleh baca di Penulisan2u.my, search aje Projek Memikat Suami.

Continue reading “Drama Projek Memikat Suami Astro Ria”

Peneman Hujung Minggu

Assalammuaaikum, time publish entry ini, saya masih berada di Mines Wonderland, jalan sakan 1 hari ni hahahaha, mujurlah Baby Irfan sangat sporting.

image

Terima kasih anak sebab buat perangai elok hari ni. tapi frust pulak tak dapat nyusukan dia ni. tak jumpa port yang sesuai. tak jumpa surau di Mines Wonderland ni, tak jalan sangat pun tak reti tanpa suami hahha adeii teruk betul.

Continue reading “Peneman Hujung Minggu”

Gambar Dan Video Pra Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

Baru lepas tengok Gambar Dan Video Pra Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin, eheemmm khabarnya perkahwinan mereka ini nanti merupakan “Wedding Of The Year” tajaan sehingga 13 Juta tu!

Gambar Dan Video Pra Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

Tengok gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin kat atas ni dah tahu hasil sentuhan dari siapa kan? siapa lagi kalau bukan Fotografer terkenal Annas Easkey, saya suka sangat tengok gambar-gambar yang beliau hasilkan. nampak cantik dan natural gitu.

Continue reading “Gambar Dan Video Pra Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin”

Macam Cantik Je, Macam Comel Je

Hehehhee jangan marah ye, ini bukan video atau gambar parody Macam Cantik Je, Macam Comel Je kikiki, saje test update live dari Smartphone Lenovo S920, 1st time update dari WordPress Android di Lenovo S920. Memang terbaiklah!, sesuai sangat phone ni buat live update blog. Skrin yang besar, tidak ada masalah typo. nak guna pun senang sangat.

macam cantik je macam comel je

Kalau macam ni, boleh update live kat mana-mana ni, banding update dari iPhone 4s saya yang comel, sebab skrin yang kecik bila kita menaip. tak puas, ni guna Smartphone Lenovo S920 memang best sangat, yeayyy!! syiokk boleh live update selalu ^_^

* Sent from WordPress Android Lenovo S920

– Sekarang ni suka phone skrin besar, memang puas nak online hihihi

Yang Dulu Bukanlah Sekarang

Semalam orang Astro datang rumah pasang Astro beyond, tukar Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, katanya yang dulu diorang dah tak nak guna, nak tak nak terpaksalah tukar wahahhaa, dah ler guna TV zaman dulu-dulu kan -..-“, lawak pulak kikiki. Ke dah sampai masanya kena tukar TV baru ni? (ada yang nak buat contest hadiah TV tak?) hehee.

20131014-111821.jpg

Hampir sebulan juga lah diorang nak datang ni, tak kisah pun lambat, tak datang pun takpe hehee. tapi..tapi….semalam tukar dah ler ke beyond, layankan jeler, ikut saya ni nak downgrade pun ye kehkeh.

Continue reading “Yang Dulu Bukanlah Sekarang”

Tengok Boleh, Kacau jangan!

Salam, sejak Baby Irfan ni dah besar sikit, kemain banyak akal dia tau, kadang tu dah pandai merajuk, demand lebih hahahhaa, bagi adik kang baru tau! heheee.

20131001-123904.jpg

Sekarang ni dia dah pandai berdiri sambil lepas tangan, sikit hari lagi dah boleh berjalan ni, insyaALLAH. Dan bila dah besar sikit macam ni, perhatian kena 200% lebih. tak boleh biar duk sensorang, tak boleh tinggalkan dia bermain sendiri. kejap lagi melepak kat anak tangga sob…sob…

Continue reading “Tengok Boleh, Kacau jangan!”

8 Bulan, Alamak Dah Melekat

Salam, Sori tajuk saje bikin korang suspen hahahahhahaa, alhamdulillah 21hb yang lalu Baby Irfan genap umurnya 8 bulan, hari yang sama kongsi tarikh lahir dengan En.Suami, hihihi celebrate kat luar, makan-makan je, “hadiah” bagi dah awal tu. Ok citer pasal Baby Irfan ye, sejak lepas Baby Irfan Pertama Kali Demam hari tu, dia punya manja Ya Rabbi..melampau sungguh!

irfan

Tapi dalam melampau tu seronok juga, macam-macam akal dia dapat, dah pandai duduk, dah pandai lepas tangan masa memanjat (risau jatuh je), mulut bunyi je bercakap bahasa dia dan macam-macam lagi lah, seronok pulak melayan dia.

Continue reading “8 Bulan, Alamak Dah Melekat”

Makanan Untuk Bayi – Puri Mangga Guna Baby Bullet

Salam, Seronoknya Menyediakan Makanan Untuk Bayi – Puri Mangga, guna pulak Baby Bullet Magic, eee suka sangatlah dengan Baby Bullet ni sebab senang nak guna, bahan pulak cepat hancur tau, tekan kejap-kejap je. Memang puas hati sungguhlah heheee.

baby bullet magic

Baby Bullet Magic, comelkan?? banyak lagi sebenarnya komponen dalam kotak Baby Bullet ni, tapi Ya Rabbi..punyalah malas nak ambil gambar, nak keluarkan segala mak nenek dalam kotak tu..haish…maybe next time ler kot, bila mood rajin tu mari, bukan apa ada yang nak tengok barang-barang dalam kotak tu, apa je yang ada kan…nanti cerita lain ye *cari mood dulu*

Continue reading “Makanan Untuk Bayi – Puri Mangga Guna Baby Bullet”

Melawat Adik Di Kem PLKN Princess Haliza Sepang

Salam, baru-baru ini kami berkesempatan Melawat Adik Di Kem PLKN Princess Haliza Sepang, perjalan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Shah Alam, coz time tu kami gerak dari Shah Alam, baru lepas mengundi, kalau dari Klang ni dekat sikit kot lalu kut banting tu, takpe insyaALLAH ahad ni nak pergi melawat dia lagi, bolehlah ikut Banting pulak.

kem plkn princess haliza

Memang cantik Kem PLKN Princess Haliza Sepang ni, bersih, teratur je semua, lokasinya di Kampung Ulu Teris Sg. Pelek. Bukanlah di dalam hutan-hutan, berhampiran dengan kawasan perkampungan, kem ni pun kat tepi jalan je, dengarnya Kem PLKN Princess Haliza Sepang ni antara kem yang terbaik dan tercantik, memang untung siapa yang dapat masuk kem ni, yeker?, khabarnya kem ini juga menempatkan golongan anak-anak VIP dan juga artis, antara artis yang pernah menjalani latihan di kem PLKN ini iaitu Diana Danielle, Alif Satar, Suki.

Continue reading “Melawat Adik Di Kem PLKN Princess Haliza Sepang”

Baby Irfan Pun Kena Calit

Salam, baru ni kan gi mengundi, so seperti yang semua maklum, jari kena calit dengan Dakwat Kekal, jadinya saya juga tidak terkecuali, seronok sebab ini adalah Pengalaman Pertama Kali Mengundi. Nak dijadikan cerita, bukan jari saya je yang kena calit, muka Baby Irfan pun kena calit heheee~

baby irfan

Heheee saya sedar yang muka Baby Irfan terkena Dakwat Kekal masa nak turun dari kereta, kami melawat adik di Kem PLKN petang hari mengundi tu, punyalah kelakar tengok muka Baby Irfan hahahaa..adehhh sayang maafkan ibu ye, tak sengaja.

Continue reading “Baby Irfan Pun Kena Calit”