Pizza Maggi

Assalam, Selamat berpuasa diucapkan untuk semua reader blog ni, maaf agak sibuk sikit ehheee, baru sempat nak on laptop. macam mana puasa korang? InsyaALLAH semoga kita diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, dan alhamdulillah Aiman dan Haziq juga setakat ini masih berpuasa penuh. Kipidappp anak-anak, ibu kasik thumbs up šŸ˜€

restoran legoland hotel

Budak kembar lain tahun ni je tak puasa šŸ˜›

Setakat ini saya tak jejak lagi Pasar Ramadan, waaaa cayalah hahaha, keinginan nak beli makanan diluarpun tak berapa nak ada, kali ni lebih suka masak dan sediakan sendiri juadah berbuka untuk suami dan anak-anak, alhamdulillah dorang pun takde komplen-komplen, takde minta-minta menu apa nak makan waktu berbuka.

Continue reading “Pizza Maggi”

Resepi Mee Bandung Sedap

Assalammualaikum, baru sempat jenguk blog, biasalah sibuk dengan anak kecil, utamakan mana yang priority dulu barulah blogging kan…kan…ok nak share menu Resepi Mee Bandung SedapĀ yang saya buat ni, resepi sendiri, takde google mana-mana heheee. Sedapppp tu sebab hero-hero yang cakap ahaks!

mee bandung

Dah 3 kali juga saya buat menu Mee Bandung ni, anak kata sedap, apa lagi kembang semangkuk ler dapat pujian dari diorang hahahaa, jommmm layan resepi Mee Bandung~

Continue reading “Resepi Mee Bandung Sedap”

Belacan Sedap Di Kuala Perlis

Salam, kami ni boleh kata memang penggemar belacan kuala perlis, tak silap namanya DJ Belacan. Tekak ni kalau buat belacan guna belacan lain mesti tak berapa nak masuk tekak, macam busuk je bau belacan yang dibeli dari tempat lain tu. Tapi kalau dah siap dibuat sambal belacan contohnya di kedai makan tak pula bau hahahaha. Pelik kan???

image

Stock belacan kat rumah ni mesti dari Kuala Perlis, dah macam syurga belacan kot kat Kuala Perlis ni, kedai belacannya sebelah menyebelah je, ramai betul meniaga belacan kat sini, mungkin sebab duk di tepi laut kot.

Continue reading “Belacan Sedap Di Kuala Perlis”

Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap

Salam, alahaiii sunyinya rumah ni, anak-anak baru je ikut balik kampung dengan Tok, Tokwan dorang semalam, serius tak suka sebenarnya keadaan yang sunyi macam ni, dah biasa dengan riuh rendah dan karenah anak-anak, terasa sangat sunyi hidup tanpa 2 beradik yang suka main gaduh, main gaduh tu….tapi sebenarnya dorang tu baik sangat, biasalah budak-budak kan memang gitu, erm..takpelah kejap je, nanti pergilah ambik dorang huhuuuu.

pizza roti gardenia

Oklah nak cerita pasal Pizza Roti aje pun, tapi mak datuk macam nak bagi panjang lagi mukadimah tu hahahaha, rindu anak oiii…belumpun 2-3Ā hari tapi hati dah meronta-ronta, terbayang duk berebut remote dengan Aiman HAHAHHAA.

Continue reading “Resepi Pizza Roti Gardenia Mudah Dan Sedap”

Resepi Telur Bungkus

Salam, baru ni buat menuĀ Telur Bungkus, kali ke 2 buat, kali pertama buat tak ingat resepi hehee, kali ni buat ikut suka, resepi sendiri, guna benda apa yang ada dalam peti, alhamdulillah abis licin tanpa saya sendiri dapat merasainya wahahahhaaa, suka sangat! sebab hero-hero suka.

resepi telur bungkus

Asyik buat telur dadar, telur goreng, telur rebus je kan??, haahhh kalau rajin boleh cuba buatĀ Resepi Telur Bungkus ni, ehemm nak share resepi coz rasa Telur bungkus ni sedap, hero-hero lah yang cakap gitu hehee, anak-anak cakap memang tak tipu tau!, suami sengih aje kikiki (suami cakap, saya pantang dipuji, nantikan seminggu berderet saya buat menu tu hahaha). ok jom tengok bahan-bahannya~

Continue reading “Resepi Telur Bungkus”

Sedap Juga Ketupat Sotong

Salam, dah lama juga saya simpan gambarĀ Ketupat Sotong ni, pertama kali buat dan makanĀ Ketupat Sotong masa bulan puasa hari tu, teringin pulak nak makan sebab orang duk tunjuk gambar ketupat sotong je sokmo hahaha.

ketupat sotong

Teruslah saya gigih menggoogle resepi ketupat sotong ni, alhamdulillah kebetulan bahan semua ada, teruslah saya mencuba masak ketupat sotong ni, tapi rasa ketupat sotong yang kat luar tu tak pernah rasa so tak boleh nak compare.

Continue reading “Sedap Juga Ketupat Sotong”

Resepi Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King

Salam, ingat tak entry saya sebelum ini yang bertajuk “Suka Dengan Beras Jasmine Basmathi King?”, hihihi ok sebenarnya saya masakĀ Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King untuk jamuan raya. 3 malam berturut-turut rumah kami kena serbu, so apa lagi memang sibuk bebenarlah raya ni.

nasi jagung hujan panas

Nak masak Nasi Jagung Hujan Panas ni tak ada lah susah mana pun, senang je, yang penting pemilihan beras tu kenalah sesuai, masak guna beras Basmati barulah sedap, lagi guna beras super panjang Beras Jasmine Basmathi King ni, memang sedap tau!, aroma dari beras tu sendiri dah membangkitkan selera.

Continue reading “Resepi Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King”

Resepi Mee Basah Sabah

Salam, atas permintaan pembaca blog ini melalui email yang dihantarnya semalam, beliau meminta saya berkongsiĀ Resepi Mee Basah Sabah, ok saya kongsikan bersama pembaca yang lain.

mee basah sabah2 Mee Basah Sabah

Di semenanjung ni tak pernah lagi jumpaĀ Mee Basah Sabah, yelah nama pun ada “Sabah” so dah tentulah rasanya tak sama, tapi sekali pandang macam Mee Hailam/Mee Ladna tapi dari segi rasa ianya berbeza.

Continue reading “Resepi Mee Basah Sabah”

Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Salam,Ā Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap, meh nak share cara buatnya, ni versi lain sikit, memang sedap, adik saya buat sambal belacan gini, kalau dia yang buat boleh meleleh air mata pedas plus sedap tu hihihi.

sambal belacan sedap

Sambal belacan ada banyak jenis, tapi jenis yang adik buat ni memang ngam dengan tekak, pedas pun tak kisah hahahaa, suka sangat tau sambal belacan dia buat tu, sambal belacan orang banjar kot, suami dia orang banjar, kalau kami ni dikampung kurang gemar makan sambal belacan, ni pun start makan since kenal suami dulu hihi.

Continue reading “Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap”

Resepi Murtabak Roti

Salam, Resepi Murtabak RotiĀ nak share dengan sorang Mak Buyung tu, teringin katanya hihihi, senang je nak buat Murtabak Roti ni, bahan nak guna pun senang nak dapat. Daripada membazir buang roti yang dah nak expired tu, baiklah buat murtabak roti ni.

murtabak roti

Baru-baru ini stok roti yang tinggal masih banyak, dah tak tau nak buat apa, nak buat puding roti macam jemu lah pulak, roti john pun sama, hemm…fikir punya fikir oleh sikit, buat Murtabak roti hehee, jom layan~

Continue reading “Resepi Murtabak Roti”