Penkek Vanilla Comel

Salam, menu breakfast pagi tadi, Penkek Vanilla, saje mencuba masak penkek menggunakan Pemanggang Ajaib yang saya beli tidak lama dulu, hasilnya penkeknya comel siap ada bentuk lagi, so takyah susah-susah nak bentukkan penkek tu hihihi.

penkek vanilla

Kannn comel je bentuknya, nak buat pun senang je penkek ni, macam penkek lain tu, tapi yang ni guna bahan apa yang ada dalam peti je heheee, nak resepi?? meh saya share kat bawah ni, kot ler ada yang teringin nak buat ^__^

Continue reading “Penkek Vanilla Comel”

Kuih Qasidah

Salam, baru ni MIL ada buat Kuih Qasidah, 1st Time Makan Kuih Qasidah ni, saya pun baru tahu ada kuih nama ni hihihi, boleh tahan juga rasanya, nak buat pun Ya Rabbi….senang bangat!

kuih qasidah

Pejam mata pun boleh buat Kuih Qasidah ni, semudah ABC nak membuatnya kikiki *yelah sangat*, mula-mula tu pelik tengok MIL goreng bawang, lepas tu bancuh tepung agak cair dan tambah pulak gula, duk fikirlah dalam kepala ni, kuih apa yang rasa manis ni letak bawang pulak?

Continue reading “Kuih Qasidah”

Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib

Salam, serius sejak ada Pemanggang Ajaib ni memang terlebih rajin memasak heheee, ada je idea yang nak dibuat menggunakan pemanggang ajaib ni, manakan tidaknya sebab hasil masakan menggunakan pemanggang ni sangat marbeles, tak sama macam kita guna periuk/kuali, tak percaya boleh tanya mereka-mereka yang biasa menggunakan pemanggang ni. Layan menu kami baru-baru ni, Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib.

rendang ayam

Pertama kali masak rendang menggunakan Pemanggan Ajaib, memang sedap, ayam tu lembut je, masak pun cepat, tak perlukan masa yang lama.

Continue reading “Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib”

Mee Basah Sabah

Salam, hujung minggu ni korang gi mana? rasanya kami duduk rumah jelah kot, anak tak sihat, cuaca pulak tak menentu, so duduk rumah lagi best time macam ni. Layan menu breakfast kami pagi tadi, Mee Basah Sabah.

mee basah sabah

Mee Basah ni saya teringin nak makan masa mengandungkan Baby Irfan tapi tak dapat kehkehkeh, takpelah now dah dapat, baby Irfan pun menyusu, mesti ada rasa mee basah kat susu heeheee, harap-harap air liur tak menjejeh nanti kikiki.

Continue reading “Mee Basah Sabah”

Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

Salam, minggu lepas saya menerima Parcel dari Blogger UmmiHanie, pesan Pemanggang Ajaib dengan beliau, beli kat Langkawi Brand HIG (Haji Ismail Group), sapa tak kenal HIG memang tak pernah sampai Langkawi heheee *ok gurau*

pemanggang ajaib HIG

Bila pemanggang dah dapat, macam-macam lah idea memasak datang, jangan tak tahu, dengan pemanggang ni memang serba serbi boleh masak tau, rajin jadinya duduk kat dapur heeee, layannn~

Continue reading “Ayam Bakar Pemanggang Ajaib”

Buat Durian Crepe – Video Resepi Durian Crepe

Salam, baru ni MIL bawa Durian dari kampung, banyak pulak tu, dah bosan makan macam tu, MIL buat tempoyak, saya pulak buat Durian Crepe hehee, resepi google aje, saje suka-suka nak buat, dah pernah merasa Durian Crepe Sedap kat SINI. So try buat sendiri walaupun tahu tak sesedap yang pernah saya rasa sebelum ini hehee, orang kata belum cuba belum tahu kan?? so…layan~

durian crepe

Oooo kalau tengok macam mudah je nak buat Durian Crepe ni, hehee…tapi saya buat memang bercinta, crepe tu banyak yang rosak dari yang elok hahhahaa, lipat je terkoyak kikiki, takpelah buat makan-makan je pun, bukan nak buat untuk meniaga kan??

Continue reading “Buat Durian Crepe – Video Resepi Durian Crepe”

Resepi Kuih Bakar Untuk Minum Petang

Salam, baru-baru ni saya ada buat Kuih Bakar Untuk Minum Petang, 1st time buat kuih ni, boleh tahan jugaklah rasanya, resepi saya ambil dari internet, google aje ye, dah lupa sumber utama resepi ni huhuhu, tapi nak buat tu mudah sangat-sangat, bahan pun tak rumit mana nak cari, pendek kata bahan memang kebiasaannya ada kat rumah.

kuih bakar

Antara bahan yang digunakan seperti diatas, tapi saya buat ni tak berapa nak manis pulak, sebab gula tu duk main agak-agak aje, mujurlah saya tabur coklat rice diatas kuih bakar ni, dapatlah menambah rasa manis dalam kuih bakar ni, next time kena tambah lagi sedikit gula hihihi. Tapi myhero-hero tak komplen tu, maybe manis tu dah sesuai dengan citarasa diorang…saya pulak yang tak berapa nak rasa manis hahahaaa, maybe sebab pembawaan budak kot, coz since preggy anak ke 3 ni, saya memang gemar memakan makanan yang manis-manis huhuhu, mujurlah tak kena penyakit kencing manis semasa mengandung ni, syukur.

Continue reading “Resepi Kuih Bakar Untuk Minum Petang”

Resepi Puding Nenas Markisa

Salam, tengah-tengah sarat pun boleh lagi gigih buat itu ini, ntahlah semakin dihujung kehamilan ni semakin aktif pulak jadinya, tapi takpelah sebab “Keaktifan” tu memang diperlukan dihujung-hujung kehamilan agar dapat memudahkan proses kelahiran nanti, insyaallah, so dah rajin tu mari, buka peti buat apa yang ada dalam peti, so terhasillah Resepi Puding Nenas Markisa hihhii, layan~

puding nenas markisa

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding nenas markisa ni takdelah rumit mana nak cari dan sediakan, jom saya kongsikan resepi puding ni, alhamdulillah anak-anak dan suami memang lalu sangat makan puding ni, ringan je kat mulut.

Continue reading “Resepi Puding Nenas Markisa”

Resepi Puding Roti Coklat Chips

Salam, syukur line internet dah laju semula macam F1 heeee, rupanya ada masalah kabel di luar rumah, oklah nak share Resepi Puding Roti Coklat Chip, 3 orang rakan kat Facebook minta saya share resepi ni.

puding roti coklat chip

Sebenarnya resepi ni adalah resepi yang saya olah sendiri, maksud olah tu, buka peti tengok apa yang ada, dan itulah yang terhasil heheeee.

Continue reading “Resepi Puding Roti Coklat Chips”

Daging Masak Merah Untuk Si Abang

Salam, Daging Masak Merah Untuk Si Abang adalah menu kegemarannya, kalau gi shopping beli barang dapur, lalu kat lauk-lauk basah tu, mesti dia akan cakap “Ibu, Ayah…beli Daging..” kehkehkeh suka sangat dia makan daging tau~

daging masak merah

Dia tak kisah daging tu masak macam mana, janji sedap dan daging tu tak liat memang menambah-nambah dia makan, layankan jelah selera dia, lagi pula bukan hari-hari masak daging ni, seminggu sekali aje, oklah kot, bukan apa risau juga banyak sangat makan daging pun tak elok juga.

Continue reading “Daging Masak Merah Untuk Si Abang”