Kem Cuti Sekolah Anak Soleh / Solehah Di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang

Assalam, alhamdulillah selesai sudah Kem Cuti Sekolah Anak Soleh / Solehah Di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang baru-baru ini, Anak-anak pun seronok dapat join kem cuti sekolah ni, program berlangsung pada 6-9hb, seawal 7.30am dah hantar dorang, balik dalam pukul 5pm. Tak bermalam pun kat sana, kalau bermalam macam susah kot nak handle coz lebih kurang seramai 400 orang anak-anak syurga ni.

kem cuti sekolah anak soleh masjid jamek klang 2017

Macam biasa anak-anak dah biasa dengan program kem cuti sekolah macam ni, paling jauh kami pernah hantar dorang ke Kem Tahsin Cuti Sekolah di Tahfiz milik Ustaz Kazim Elias di Tambun Perak sana, jadi alhamdulillah takde masalah untuk dorang bergaul dengan kawan-kawan baru, dan selebihnya kem cuti sekolah dekat-dekat sini.

Continue reading “Kem Cuti Sekolah Anak Soleh / Solehah Di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang”

Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014

Salam, lebih kurang tinggal seminggu je lagi cuti sekolah kan? mesti mak pak dah plan cuti-cuti sekolah untuk anak-anak kan?, kami belum ada apa-apa perancangan, perut makin sarat ni, nak kemana-mana pun macam tak berapa nak larat sangat, cumanya dah daftarkan anak-anak dalam Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014.

program bersunat 2014

InsyaALLAH 22.11.2014 ini nanti anak-anak akan berkhatan di Surau Bandar Puteri Klang, harapnya program tersebut berjalan dengan lancar, amin….

Sebelum ni ada juga mencari klinik untuk berkhatan/bersunat untuk anak-anak, tapinya ada pun jauh dari rumah, macam masalah pula nak bawa anak balik dari berkhatan tu, takut kesakitan masa dalam perjalanan balik tu, dah ada program ni elok sangatlah, surau pun kat area rumah ni je. Alhamdulillah.

Continue reading “Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014”

Mencuba Burger Ramly Di Kiosk Ramly Bandar Botanik Klang

Salam, bulan lepas kot pertama kali mencuba Burger Ramly ni, padahal Kiosk Ramly ni 5 minit je dari rumah saya di Bandar Botanik Klang ni heheee, kali ni baru teringin nak singgah. Selalu pun beli daging burger/nugget kat Pasaraya je.

image
Cawangan Ramly Burger Di Bandar Botanik Klang

Masuk-masuk dalam tu, haishhh rambang mata pulak tengok pelbagai produk Ramly Burger ni, macam-macam ada tau, haritu nak ambik bergedil ramly tapinya boleh pulak terlupa nak beli gara-gara rambang mata tak tau nak ambik yang mana hahaha orang pompuan ginilah dia nyee.

Continue reading “Mencuba Burger Ramly Di Kiosk Ramly Bandar Botanik Klang”

Harga Murah Scan Baby 4D Di Klang

Salam, nak share dengan pembaca blog ini, saya pun baru tahu juga ni harga terkini Harga Murah Scan Baby 4D Di Klang, dulu-dulu masa ngandung Baby Irfan, rate nya dalam lebih kurang RM150+, sekarang ni dah murah sikit. Klinik lain di Klang ni saya tak tahu, biasapun kami pergi klinik Popular di Bukit Tinggi Klang ni untuk checkup mengandung baby irfan dulu dan untuk rawatan imunisasi Baby Irfan.

harga scan 3d4d

Sekarang dengan cuma kos RM115.00 dah boleh intai sikecil korang dalam perut, rindunya moment ni, suka sangat dapat tengok dengan clear, macam-macam mimik muka dan gaya yang baby buat dalam perut ibu, betapa besarnya kuasa ALLAH SWT dalam menciptakan kita umat manusia.

Continue reading “Harga Murah Scan Baby 4D Di Klang”

AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day 7 & 8 November)

Salam, baru balik dari Klini, singgah AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day 7 & 8 November) Bukit Tinggi Klang, perghhh giler ramai betul umat manusia kat Aeon Jusco tu seawal pukul 9.30 pagi lagi, kemain semangat lagi diorang nak bershopping, mana tidaknya memang berbaloi betul shopping time members card day ni, harga barang memang mampu miliklah, less sehingga 70%.

aeon jusco members card day

Troli memang habis, saya dan anak nak shopping pun tak jadi, tengok aje betapa ramainya, memang sesak, kat dalam lagi ler tak boleh nak bergerak troli tu, ni baru kat tingkat bawah, belum tingkat yang atas-atas lagi huhuhu, nak-nak pulak awal bulan macam ni memang orang tengah “Berduit” 😀

Continue reading “AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day 7 & 8 November)”

Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang

Salam, yeayyy akhirnya dah merajinkan diri pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang untuk membuat buku merah atau lebih dikenali sebagai buku ibu mengandung. 5 tahun juga tak ke klinik mengandung ni heheee, kali ni nampaknya makin keraplah saya berkunjung ke klinik kesihatan ni, insyaallah.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang ni takdelah jauh manapun, dalam 5 minitlah dari rumah kalau naik kereta, bersebelahan sahaja dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang, lepas check up boleh gi shopping hahahaha.

Continue reading “Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang”

D’Mesra Seafood Klang Memang Sedap

Salam, semalam dinner di Port Klang, Restoran D’Mesra Seafood, menu yang kami order memang sedap, harga pula sangat berpatutan compare makan dekat 1 restoran tu (pernah entry kat blog), yang ni memang puas hatilah, sampai tak larat nak makan, dah ler sedap, banyak pulak tu hihihi.

D'Mesra Seafood Klang

Restoran ni kat tepi jalan je, ha ye alamat macam kat atas tu, kalau agak-agak terasa nak makan kat sini trylah datang klang, serius sedap, bagi kamilah anak beranak ni memang bernafsu sesangat makan semalam hikhik sebab bukan senang nak jumpa restoran yang menyediakan makanan yang kena dengan tekak kita ni kan.

Continue reading “D’Mesra Seafood Klang Memang Sedap”

Uniknya Awan Nano Petang Yang Indah

Salam, semalam Langit Petang lain dari yang lain, begitu Uniknya Awan Nano Petang Yang Indah sehinggakan saya masuk kedalam rumah untuk mencapai Buah Hati, merekodkan keindahan alam ciptaan-NYA. Alhamdulillah diberi peluang sebegini untuk menikmati keindahan alam, syukur Ya Allah.

langit

Gambar ni sekitar pukul 5.00 Petang, aman damai je ^_____^

Unik sekali bukan gambar dibawah ini, cahaya matahari disebalik awan, saya yakin ramai yang turut melihat keindahan ini petang semalam kerana Puan Bee jugak turut mengabadikan keindahan tersebut di blog beliau dengan entrynya yang bertajuk Awan Petang Yang Damai.

Continue reading “Uniknya Awan Nano Petang Yang Indah”

Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Salam, 2 hari blog ini tidak berupdate sebab saya amat sibuk, Aiman tak sihat, so memang saya takkan on laptop kalau anak tak sihat, tumpuan sepenuhnya untuk anak. Meh nak cerita kenapa blog nie tak berupdate, semalam kami ke Hospital Tengku Ampuan Rahima Klang untuk membawa Aiman, dia tak sihat lagi lah, sebelum nie hampir seminggu juga kami ulang alik ke Klinik, dah beratus-ratus juga duit dikeluarkan tetapi kesihatan Aiman masih tidak ada perubahan, sehari ok lepastu demam semula.

htar1

So atas pendapat dan ambil berat dari rakan-rakan kat twitter, berdasarkan pengalaman mereka lebih baik bawa Aiman ke Hospital memandangkan demam dah banyak hari tapi tak surut-surut juga, so pagi semalam kami bawa Aiman ke HTAR tu, oklah tak ramai sangat orang, nombor pun nak tunggu takdelah lama, cuma banyak bilik nak kena masuk, maybe prosedurnya macam tu, bilik saringan lain, amik darah lain, jumpa doktor lain, eh…ke saya yang dah lama sangat tak pergi hospital nie? hehehe.

Continue reading “Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang”

Jerebu Di Bandar Puteri Klang?

Salam, cuaca tak menentu sejak akhir-akhir ini, sidai kain seharian pun belum tentu kering, Jerebu Di Bandar Puteri Klang nie memang teruk jugak, kalau pagi tu pukul 1-2 pagi bau asap bukan main kuat lagi sampai menyerap dalam bilik, bau asap dalam aircond, ingatkan ada kebakaran kat kawasan rumah, pedahal jerebu je pun.

jerebu di klang

Tengok gambar atas tu, waktu nie pukul 12.30 tengahari tadi, keadaan macam baru pukul 7-8pagi. bau asap bukan main kuat lagi.

– Anak beranak batuk :'(