Blog Suspended – Review bulan january

Salam semua, semalam dalam pukul 11.55 malam blog ini dah tak dapat di akses, mujurlah tinggal 5 minit je nak bertukar bulan baru, kalau tidak memang tersadailah blog nie sebab kehabisan bandwidth, dulu upgrade ke premium hosting nie ingatkan bandwidth dah cukup, malah sangkaan merosot, mana tidaknya hotlinking berleluasa sana sini, kang ku buh gambar pencurik kat gambar tu nanti kang..takut tak?? hahaha

suspen

Ini jugak di akibatkan pengunjung blog ini semakin bertambah so sebab itulah jugak pasal bandwidth tidak dapat di atasi, sebelum ini cukup-cukup bulan je dah merah bandwidth nie, tanda amaran setiap hujung bulan mesti dapat punya yang mengatakan bandwidth nyawa-nyawa ikan. Malas nak upgrade sebab rasa macam tak mampu dah…hahaha

Continue reading “Blog Suspended – Review bulan january”

Akhirnya aku klik cashout di akaun nuffnang

Salam semua, rasanya dah lama tak cashout duit nuffnang, bukan tak mampu untuk cashout cuma malas, takde hati nak cashout sebab jumlah yang ciput je, kalau cashout pun tak rasa apa..ehehe, so hari nie tergerak rasa nak cashout sebab rasa macam dah lama sangat tak cashout duit nuffnang nie, itu pun fikir banyak kali nak cashout ke tak? hahaha maklumlah masih still ciput lagi.

cashout nuffnang

Belum layak bergelar blogger jutawan 😛

Malas nak sensor-sensor sebenarnya, takut orang persoal berapa banyak yang di cashout, hahaha (berani tu tunjuk) jangan LHDN dapat hidu sudah, tapi ini pun sikit je, banyak lagi keje LHDN…ekekee, tapi apa pun sikit ke banyak ke kena declare jugak pendapatan kat LHDN tu. amacam korang dah declare belum??

Continue reading “Akhirnya aku klik cashout di akaun nuffnang”

Birthday Surprise dari nuffnang – Love u Nuffnang

Salam semua, entry ini bukan entry kipas ke bodek ke ye, entry nie sekadar entry luahan yang Yan suka dan teramat sayang dengan nuffnang, lantak korang nak kata apa, ada aku kesah?? hahahaa, takde maknanya Yan nak bodek,  diorang baca ke blog ni?? hahaha, kalau baca bagus! ada rasa bangga di situ…ehehe

nuffnang

Semakin hari semakin sayang dengan nuffnang, login ke nuffnang sehari pun tak terkira berapa kali, pedahal tahu dah macam mana rupa dan keadaan site nuffnang tu, tapi dah jadi tabiat mesti kejap-kejap lak login ke site nuffnang, bukan nak cek trafik pun, tapi ntahlah suka sangat login…hahaa ada sesiapa ke sama addicted macam Yan nie?? eh, apasal aku hepi sangat buat entry nie??*

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

Continue reading “Birthday Surprise dari nuffnang – Love u Nuffnang”

Stop Child Abuse

Salam semua, penderaan kanak-kanak tidak pernah ada hentinya, tahukah korang apa maksud sebenar penderaan kanak-kanak ini? Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

aiman

anak perlu di manja, di kasihi dan layak menerima layanan yang terbaik

Pada entry minggu lepas tak silap Yan ada entrykan jugak pasal Stop Child Abuse, baca keratan-keratan akhbar tu semua cukup menyakitkan hati, anak kecil yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa. dimana sifat kasih sayang kita pada anak kecil ini?? Ya Allah setiap kali ada laporan berita macam nie memang hati sangat marah!! nauzubillah…minta di jauhkan dari benda-benda ini!.

Continue reading “Stop Child Abuse”

Dapat Invitation dari nuffnang untuk premier screening Narnia

Salam semua, Yeay semalam buka email dapat email invitation premier screening Narnia dari nuffnang, terima kasih nuffnang, ini adalah invitation ke 2 dari nuffnang, sebelum nie pernah dapat untuk premier screening Altitude. Insyaallah kalau ada masa boleh pergi dan jumpa blogger-blogger yang lain.

invitation from nuffnang

Dah tanya en.hubby katanya boleh pergi, mula-mula ingatkan single invitation, bila cek balik kat site nuffnang rupanya untuk tiket pair, heee boleh pegi dengan en.hubby dan bawa sekali hero 2 orang nie, pangku aje ler..kiki takkan nak tinggal pulak, cukuplah masa tayangan Altitude hari tu tinggalkan diorang…heee….lagipun tengok orang lain slumber je bawa anak-anak 🙂

Nota Yanmie : Siapa lagi yang pergi yea??

6K sehari, 1403 sejam, 397 Useronline

Salam semua, semalam teruja tengok trafik blog ini, untuk pertama kalinya mendapat trafik sebanyak 6k++ sehari. sebelum ini blog ini pernah jugak memperoleh trafik harian sebanyak 5K++ sehari, adalah dalam 2-3 kali jugak.Alhamdulillah rezeki buffered pun datang dan terus datang, terima kasih buat semua yang singgah ke blog ini.

trafik harian

Biasa trafik harian menten 2K++, tapi semalam alhamdulillah dapat lebih sikit, masa 31hb tu server sown so haruslah mengecewakan Yan, huh! takpelah tak semua benda sempurnakan 🙂

Continue reading “6K sehari, 1403 sejam, 397 Useronline”

5 Buffered Earning berjalan – Terima kasih Nuffnang

Salam semua, hepi sangat rasa hati sebabnya nuffnang berbaik hati memberikan buffered earning untuk blog ini. Alhamdulillah rezeki datang dan terus datang. terkini minggu ini yan dapat 3 lagi buffered earning dan menjadikannya 5 kempen buffered earning sedang berjalan 🙂

Buffered earning

Dan yang terbaru petang semalam Yan baru dapat Buffered STB Thematic Branding kat bahagian LB. alhamdulillah baru sekejap menggedik income untuk semalaman dapat rm 29.06 untuk buffered tersebut, teruja…ehehhe

Nota Yanmie : Terima kasih Nuffnang….Love u!!

My Magical Journey

Pada suatu hari hero-hero Yanmie meninggalkan ibu dan ayah mereka secara senyap-senyap untuk pergi mengembara, di dunia yang agak berbeza, yang mana dunia yang penuh dengan misteri, sihir dan jugak benda-benda pelik. Mereka meneruskan perjalanan tanpa memikirkan dimana mereka berada…susspeennn!!!

narnia

Dalam perjalan mereka berdua, tiba-tiba mereka disapa oleh sebuah makhluk yang agak pelik, dengan telinganya yang panjang, Aiman dah ketakutan tetapi adiknya haziq cool aje…nasib baiklah makhluk tu baik hati tidak mengapa-apakan mereka berdua

Continue reading “My Magical Journey”

Laporan Trafik Yanmieonline Bulan Oktober

Salam semua, semalam dah nampak ada keywords yang masuk duk cari laporan trafik bulanan blog ini, siapakah itu?? cepat ngaku!! hahaa nampaknya ada yang nak tahu kot laporan terkini trafik blog ini kan *cewah!! perasan*, tapi tu ler trafik tak sekencang orang lain tapi alhamdulillah syukur sangat dengan apa yang ada sekarang nie 🙂

trafik bulan 10

Syukur alhamdulillah walaupun di saat-saat akhir blog down tapi masih tetap berpuas hati dengan pencapaian yang ada. kalau korang perasan masa 31hb hari tu blog ini tidak dapat diakses sebabnya pihak fivio sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan server. hem takpelah tidak semua benda sempurnakan, lagi pun bersyukur sangat sejak Upgrade ke Premium Hosting – Litespeed Flatform inilah kali pertama blog down.

Continue reading “Laporan Trafik Yanmieonline Bulan Oktober”

Blackberry Torch 9800 dengan Celcom Exec 50

Salam semua, wah menariklah tengok handphone Blackberry Torch 9800 kalau dapat seketul mesti rasa bahagia je hidup nie, maklumlah Yan nie agak ketinggalan sedikit berbanding orang lain, bab-bab handphone nie memanglah tak reti, kalau orang bagi pun tau guna untuk call in, call out dan untuk tangkap gambar aje…ehehe, tapi bila tengok Blackberry Torch 9800 Smartphones nie hati rasa teruja nak memilikinya. Blackberry Torch 9800 Smartphones ini jugak adalah merupakan smartphones pertama dwi penggunaan iaitu blackberry keyboard and 3.2inch touch screen, menarik bukan?

blackberry torch 9800Wooo sangat menawan hati Blackberry Torch 9800 nie, berangan kejap gambar kami di snap dari Blackberry Torch 9800 nie…ehehe

Continue reading “Blackberry Torch 9800 dengan Celcom Exec 50”