Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu

Assalammualaikum, tudiaaaa email kemain banyak masuk, boleh kata pertanyaan yang paling kerap saya terima adalah tentang Google Adsense, Boleh ke Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu?, jawapan saya BOLEH!, buktinya tengok aje blog saya yang sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu, dan tengok aje blog rakan-rakan yang lain, boleh kan??

google adsense

Tapi…..tapi……

Sebelum itu korang kena register Google Adsense dahulu untuk mendapatkan akaun Google Adsense.

Ingat!

Daftar G00gle Adsense menggunakan Blog Berbahasa Inggeris, bukan blog Bahasa Melayu ye!, Google Adsense tidak menerima penyertaan anda sekiranya anda menggunakan Blog Bahasa Melayu. Sampai ke sudah permohonan anda ditolak bulat-bulat.

Continue reading “Pasang Iklan Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu”

Boleh Cashout Duit Adsense Di Kiosk Western Union

Salam, saya nak kongsi dengan rakan-rakan, kalau sebelum ini seperti yang korang sedia maklum, proses pengeluaran wang kiriman melalui Western Union dari Google Inc (Google Adsense) hanya boleh dilakukan di Pejabat Pos ataupun bank-bank terpilih, tetapi rupanya duit adsense ini juga boleh dikeluarkan melalui Western Union Kiosk ataupun Money Changer yang memaparkan logo Western Union. saya pun baru tahu juga ni (berkat rajin menanya hahaha).

money changer

Kalau nampak logo Western Union maksudnya boleh buat yee~

Kalau sebelum ini saya selalu cashout di Pejabat Pos, sekarang ni dah senang sangat dah, tak perlu nak ambil no giliran dan menunggu lama, cuma hanya pergi ke kaunter Western Union Kiosk, erm…tapi saya tak pasti berapa jumlah maximum yang boleh dikeluarkan. kalau setakat 1,855.57 USD = RM6,000 tidak ada masalah untuk cashout di Kiosk Western Union tersebut 😀

Continue reading “Boleh Cashout Duit Adsense Di Kiosk Western Union”

Lama Tak Cerita Pasal Adsense

Salam, hiks Lama Tak Cerita Pasal Adsense kan?, ni “ter”entry pun lepas baca entry Buat duit dengan Adsense di blog Bahasa Melayu, sebenarnya ramai juga yang duk PM tanya tentang Adsense ni, macam mana nak Apply Adsense di Blog BM, sebenarnya kena Apply menggunakan blog BI untuk mendapatkan akaun Adsense, dah Approve nanti akaun tu boleh guna kat semua blog termasuk blog BM.

Cashout Adsense

Ok cerita pasal cashout hihihi, ini merupakan Cashout kali ke…hemmmm kali keberapa ye?, ada juga yang saya tak entry kan, senyap-senyap terus pi amik duit heheeee.

Continue reading “Lama Tak Cerita Pasal Adsense”

Hasil Blogging Sepanjang 2011

Salam, hiks dah tengok kan Trafik Blog Sepanjang Tahun 2011 blog ini, seperti yang saya janjikan pada entry tersebut, saya akan kongsikan pulak Hasil Blogging Sepanjang 2011, bukan menunjuk tapi sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.

maxis desire z

Terasa kerdilnya diriku seorang je bunga kat atas tu hihihi

Permulaan tahun 2011 yang sangat manis bila mana saya mendapat Smartphone HTC Desire Z dari program  maxis10, alhamdulillah syukur sangat.

Continue reading “Hasil Blogging Sepanjang 2011”

Income Tahun Lepas

Salam, pembakar semangat untuk diri sendiri, bawah ni Income Tahun Lepas yang saya dapat dari Innity, tahun sebelumnya pun ada tapi tak banyak, sikit je. yang bawah ni tahun lepas punya, itupun ada bulan-bulan yang saya tak pasang iklan tersebut, ikut mood, now biar iklan tu kekal kat blog heheee.

innity tahun lepas

RM 10,107.36 untuk tahun lepas, saya percaya ramai lagi kawan-kawan yang lain berjaya menjana lebih dari yang saya dapat diatas.

Continue reading “Income Tahun Lepas”

Income Pertama Dari Infolinks

Salam, syukur alhamdulillah dapat jugak merasa Income Pertama Dari Infolinks, tak pernah pun terfikir dapat income dari infolinks ni sebab saya tak berapa nak amik port sangat, saya letak je kat blog lepas tu saya buat tak tau hehehe.

infolinks

Ikutkan income atas tu sepatutnya saya dapat bulan 7-8 lagi, tapi saya tak follow up email untuk akaun infolinks tersebut, so saya tak tahu yang infolinks ada menghantar email kepada saya tentang “Upcoming Payment dan Submit Tax”, saya hanya perasan 2-3 hari lepas selepas saya membuka email tersebut.

Continue reading “Income Pertama Dari Infolinks”

Cashout Adsense Lagi

Salam, semalam kami ke Pejabat Pos Jusco Bukit Tinggi, tujuannya adalah untuk mengambil duit adsense saya melalui kaedah Western Union yang disediakan di Pejabat Pos. Alhamdulillah rezeki, syukur sangat, heeee ^____^.

cashout adsense

Haziq bersama borang Western Union yang dah siap diisi detailnya, Haziq tanya nak buat apa dengan kertas tu, saya cakap kertas tu boleh tukar dengan duit, jap lagi kita shopping, HAHAHAHA.

Continue reading “Cashout Adsense Lagi”