Super GT 2012 Sepang Malaysia – Jom Race!

Salam, punyalah lama baru nak upload gambar hehee, dah nak seminggu Super GT 2012 Sepang Malaysia berlangsung, kehkeh apa boleh buat tuan punya blog baru rasa nak rajin sikit, nnnggeee~ layan dulu gambar-gambar kereta beraksi, gambar lain nanti saya update kemudian.

Super GT 2012 Sepang Malaysia

Asah skill fotografi tapi memang masih banyak kelemahan yang ada, lebih-lebih lagi dah lama tak sentuh DSLR, so terasa kekok semula hahahaa, takpelah slow-slow kayuh semula, jangan pernah berhenti belajar, tak gitu?

Continue reading “Super GT 2012 Sepang Malaysia – Jom Race!”

Kereta Baru

Salam, haishhh lamanya tak update blog, sindrom Di Penghujung Trimester Pertama masih terasa sikit-sikit, insyaallah semakin baik harapnya, yeayyy layan kereta baru (kereta pinjam) heeee, kalau dapat sebijik best ni kiikikiki.

SuperGT Sepang 2012

Merahnyaaa, ok i like!, lagi-lagi kereta Nissan, citarasa kami laki bini ekekee, tapi yang ni mampu tengok aje ler ye, tetap cinta pada nissan purple en.hubby.

Continue reading “Kereta Baru”

Proton Preve Baru – Kereta P3-21A

Salam, akhirnya teka teki nama untuk kod Kereta P3-21A akhirnya telah diketahui, nama kereta proton baru bukanlah Proton Tuah yang digembar gemburkan, sebaliknya nama baru kereta tersebut adalah Proton Preve.

proton preve

Gambar diatas merupakan sisi tepi Proton PREVE, perghhh ok cun hikhik, Proton Preve ini akan dilancarkan pada bulan ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sama-sama kita nantikan pelancarannya, tak sabar pulak nak tengok kereta preve ni beraksi atas jalan.

Continue reading “Proton Preve Baru – Kereta P3-21A”

Showcase Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 Di KLCC

Salam, baru-baru ni kami ada ke KLCC, tujuan asalnya adalah untuk Meeting Bersama Specialist Google Adsense Dari Google.com, tetapi dah alang-alang ada kat KLCC kan, so kami tak lepaskan peluang untuk melihat Showcase Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 Di KLCC ni, entry ni sepatutnya publish khamis lepas hahaa, mood kelaut so hari ni baru nak publish, layan~

Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 Showcase

Nak dapatkan angle cantik untuk gambar kali ni memang susah sebab ramai je orang duk berkerumun kat depan kereta tu, so layankan jelah gambar yang tak seberapa dari saya hikhik.

Continue reading “Showcase Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 Di KLCC”

Jadual Sepang Drag Battle 2012

Salam, ok nak update pasal hobi jap, nampaknya ada yang dah tak sabar nak pergi tengok Sepang Drag Battle 2012 ni, ok bawah ni saya sharekan Jadual Sepang Drag Battle 2012, jumpa anda disana hehehe.

Jadual Sepang Drag Battle 2012

Macam biasa layan hobi permotoran, maklumlah hobi sefamily, alhamdulillah boleh follow hobi suami ni, saya pun jadi minat, since zaman bercinta-cinta lagi dengan suami dah didedahkan dengan dunia permotoran ni, sampailah dah beranak 2, anak-anak pun jadi minat, kalau bagitau anak, kata nak pi drag, race, drit mesti diorang senyum sampai ke telinga hehehee.

– Hope malam minggu ni ada speed city KL

(Gambar) Formula Drift Asia Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur 2011

Salam, ahad lepas kami ke Formula Drift Asia Di Dataran Merdeka, macam biasa layan minat kami anak beranak heee, kami guna pass Team and Driver so dapatlah ambil gambar dengan kereta-kereta drift tu, pendek kata duk kat tempat driver-driver tu semua, kawan en.hubby pun ada masuk drift. Oklah layan gambar hihihi.

Dataran Merdeka

Entrance Ke Formula Drift Asia, kami parking kat Daya Bumi, jalan sikit je.

Continue reading “(Gambar) Formula Drift Asia Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur 2011”

Achilles Formula Drift Asia Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur 17 Dan 18 Disember 2011

Salam, yesssss korang jangan lupa ye weekend ni ada Achilles Formula Drift Asia Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur 17 Dan 18 Disember 2011, insyaallah kalau takde hal kami sefamily akan pergi kesana, maklumlah peminat tegar dunia permotoran.

formula drift malaysia 2011

Bagi penggemar dunia permotoran terutamanya acara Drift, inilah masanya untuk menyaksikannya secara live di Dataran Merdeka, ianya di bawa khas menerusi ESPN Star Sports (ESS) dan Achilles Radial selaku penaja utama.

Continue reading “Achilles Formula Drift Asia Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur 17 Dan 18 Disember 2011”

Layan Sepang Saturday Night Fever Race

Salam, malam minggu baru ni kami 1 family melayan hobi, macam biasalah lebih kepada dunia permotoran kikiki, kami ke Sepang Saturday Nite Fever Race, seperti kebiasaannya bila ada race ataupun drag, mesti ada je member en.hubby join game tu.

sepang saturday night fever race

Macam biasalah tempat-tempat macam nie sememangnya meriah, ramai pencinta dunia permotoran berada disana, dan seperti biasanya juga apabila ada race ataupun drag, kami lebih gemar untuk membeli tiket untuk paddock, ini jelah masanya dapat duduk kat Pit hehehe.

Continue reading “Layan Sepang Saturday Night Fever Race”

Marco Simoncelli meninggal dunia – Mati selepas kemalangan di Sepang

Salam, seperti tidak percaya, saya baru sahaja membaca pengesahan berita kematian Marco Simoncelli, beliau telah meninggal dunia selepas kemalangan yang buruk di Sepang.

marco simoncelli mati

Marco Simoncelli has died 🙁

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.

Continue reading “Marco Simoncelli meninggal dunia – Mati selepas kemalangan di Sepang”

MotoGP Sepang Malaysia 2011 – Harga Tiket MotoGP

Salam, yeay jangan lupa weekend nie ada MotoGP Sepang Malaysia 2011 pada 21-23 oktober 2011 yea, kalau ikut perancangan, kami akan pergi ke Litar Sepang untuk menyaksikan MotoGP, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kiranya MotoGP nie memang wajib kami pergi tengok.

Valentino Rossi

Maklumlah memang minat dengan dunia permotoran, tak kiralah Motogp ke GTJapan, Drag, Drift, pendek kata apa-apa yang berkenaan permotoran memang kami follow hehe.

Continue reading “MotoGP Sepang Malaysia 2011 – Harga Tiket MotoGP”