Buat Passport Untuk Anak

Assalam, baru-baru ni hakak balik kampung, jadi ambil kesempatan terus untuk buat Passport, bukan apa hakak ni lahir di Sabah, jadi lebih baik dan mudah prosesnya bila hakak buat di Sabah, ini kerana Sabah mempunyai Akta undang-undang sendiri untuk Imigresen. Bukan tak boleh buat di Semenanjung ni, cuma prosesnya agak rumit, memakan masa lebih kurang 1-2 minggu juga coz Imigresen sini akan rujuk semula juga ke Sabah.

imigresen sandakan sabah

So dah balik ni kita buatlah terus, memandangkan dah ada hint-hint bigbos nak bawa kami bercuti “Oversea”, Oversea lah sangat kan HAHAHAHA, ala buat je dulu, nanti bebila nak pegi terus je beli tiket, big boss tu selalu sangat bagi kejutan, tau-tau suh booking percutian heheee

Continue reading “Buat Passport Untuk Anak”

Cerita Raya Aidilfitri 2017

Assalam, eh busy benar baru sempat godek blog hhahaha. rasanya belum terlambat lagi untuk hakak share Cerita Raya Aidilfitri 2017 heheee, raya kan sebulan cewahhh gitu. Alhamdulillah tahun ni turn untuk hakak sekeluarga beraya di Kampung Halaman hakak yang tercinta iaitu di Sandakan Sabah. Untuk anak-anak hakak yang best bagi dorang tak lain tak bukan, keseronokan nak naik Kapal Terbang aje hahaha.

airport klia

Flight kami pukul 10.25am, kami gerak dari rumah dalam pukul 7.30am gitu, jalan clear cantik sebab dah ramai yang balik kampung, kami balik Raya pertama hehee, sempoi je pakai baju biasa je untuk raya pertama, tengok ramai juga pakai baju raya dalam flight heheee.

Continue reading “Cerita Raya Aidilfitri 2017”

Melawat Ladang Teh Sabah

Assalam, Hari tu Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah kan kami sempat Melawat Ladang Teh Sabah, kalau ke Sabah jangan lupa singgah sini tau. merupakan salah satu tempat tarikan di Sabah juga, tapi takde lah besar macam Cameron Highland tu, hakak pun 1st time sampai sini juga, nama je anak jati Sabah hehee. Kami sampai haritu cuaca agak redup berangin. lalu lah juga tempat pemprosesan daun teh tu, tapi tak masuk pun, tengok aje dari luar.

ladang teh sabah

Pemandangan yang indah, Subahannallah

Ok sebelum bercerita lanjut, dalam perjalanan tu nak singgah cari kedai makan, ya Rabbi susahnya cari kedai makan hahhaa, bekal pun tak bawa ni, nasib baik ada beli air kat Desa Dairy Farm Kundasang sebelum tu, tapi muak sebab susu.

Continue reading “Melawat Ladang Teh Sabah”

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu!

Assalam, cewahhh tajuk kemain lagi, Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu! hehehee, betullah cinta ku matiku hidupku akan tetap mencintai buah-buah hati ibu ^_^

gunung kinabalu

Masa kami Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah mestilah kami tak lepaskan peluang untuk ke Kinabalu Park untuk menikmati pemandangan alam ciptaan-NYA yang indah, Subahannallah Maha Besar ALLAH, cantik sangat view Gunung Kinabalunya, Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke sini.

Continue reading “Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu!”

Wajib Makan Kalau Balik Sabah

Assalam, baru-baru ni kami balik Sabah, semestinya kalau balik sana haruslah pekena Mee Basah barulah lengkap rasanya hidup berada di Sandakan Sabah tu hehee, sampai macam tu kan heeee, seminggu sebelum balik tu memang dah terbayang Mee Basah tu haahhaha, teruk betul perangai 😛

pearl harbour cafe sandakan

Alang tu muka macam tak puas hati je -..-“

Kami balik sabah pun kejap je, 3 hari 2 malam, memang tak sempatlah nak kemana-mana pun, kami balik Sandakan raya ke 4, raya ke 5 tu adik kenduri, so balik memang untuk kenduri tu jelah.

Continue reading “Wajib Makan Kalau Balik Sabah”

Mee Basah Sabah Sedap

Salam, akhirnya setelah mengidam 2-3 tahun lepas (lama gila mengidam hahaha), dapat juga merasa Mee Basah Sabah. Bukan tak pandai buat, boleh je masak Mee Basah Sabah ni, cuma tekak nak yang original punya, yang made in Sabah gitu hehee.

Kedai mee basah di sandakan

So baru-baru-baru ini kami balik kampung, dapatlah merasa, Ya Rabbi sedappppnyaaa hihihi, sekali pandang orang ingat mee hailam gitu, tapi sebenarnya bukan, rasa tu lain sangat.

Continue reading “Mee Basah Sabah Sedap”

Balik Sandakan

Assalammualaikum, baru-baru ini kami balik kampung di Sandakan Sabah (kampung saya), ini pertama kali untuk Baby Irfan balik ke Sandakan, excitedlah juga nak bawa dia balik, nak tayang kat orang kampung ada baby comel hahahahaha, ok gurau!, nak bagi Irfan jumpa Atuknya, kalau neneknya dah pernah jumpa tapi masa tu Irfan baru berusia beberapa hari, Mak saya yang jaga pantang saya waktu bersalinkan Baby Irfan.

airport lcct

Balik kampung juga sebab Cuti sekolah, juga sebab adik kahwin, juga sebab rindu dengan mak ayah, juga sebab mengidam nak makan Mee Basah Sandakan muehehehe banyaknya sebab hheehehe.

Continue reading “Balik Sandakan”

Taman Buaya Sandakan Sabah

Salam, hari tu semasa balik kampung di Sandakan, saya dan suami sempat bawa anak-anak pergi ke Taman Buaya di Sandakan, last kami suami isteri kesini semasa inai masih merah dijari, bawa family saya dan family en.hubby, dan kali nie bawa anak-anak kami heeee ^____^

taman buaya sandakan

Seronok sangat dapat bawa anak-anak kesini, diorang siap tanya kenapa buaya-buaya tu semua macam dah mati, tak bangung-bangun, siap nak kejutkan lagi buaya tu, huhhhh naik menjerit jugalah saya nie sebab takut anak-anak nak kejutkan buaya tu, nak siap nak buat bising…urghhh ngeriii dowh!!!, opssss yang atas tu bukan buaya  betul yea ^___^.

Continue reading “Taman Buaya Sandakan Sabah”

From Sandakan With Love

Salam, alahai godek-godek kamera dan handphone, rupanya tak banyak picca yang diambil semasa balik kampung hari tu, maklumlah agak sibuk dengan raya sampai tak ingat nak snap picca, uhukkkk. Layankan jelah gambar yang ada kat bawah nie, Sandakan tanah tumpahnya darahku ^__^

sandakan

Gambar nie betul-betul kat area Bandar Sandakan, memang sesak sangat.

Continue reading “From Sandakan With Love”

Terbang Bersama AirAsia Ke Sandakan

Salam, saya masih kurang sihat, laptop on awal pagi tadi tapi tak sentuh pun, last-last haziq offkan laptop hehe. Now alhamdulillah diberi sedikit kekuatan untuk mengupdate blog ini, entry ini dah agak basi sikit, entry yang sepatutnya saya publish 29 ogos yang lepas, dimana kami Terbang Bersama AirAsia Ke Sandakan untuk menyambut Hari Raya di Kampung halaman saya. Layan gambar jelah, sayang pula gambar yang ada tidak di abadikan disini ^___^.

lcct

Kaunter Informasi

Continue reading “Terbang Bersama AirAsia Ke Sandakan”