Boboiboy The Movie 2 (2019) Review

Hi all, Sis baru je pi tengok Boboiboy The Movie 2 (2019) dengan anak-anak, apa yang sis boleh share disini tentang Boboiboy The Movie 2 (2019) Review , Filem Animasi Sains Fiksyen ini sangat-sangat best!!, uolls kena pi tengok tau!, memang mantoppp!! Sis susah nak puji filem-filem animasi macam ni, tapi Boboiboy Movie 2 ni memang sis puji!!, Boboiboy Terbaik!!

Intro permulaan tu je dah gempak, dah lawak dengan si Gopal tu, banyak adegan-adegan yang mencuit hati, penuh dengan punchlince-punchline yang segar, hahaha macam mana nak cakap eh?? kira memang point-point tu kena lah dengan adegan tersebut.

Continue reading “Boboiboy The Movie 2 (2019) Review”

Usop Wilca jadi sebutan – Video Usop Wilca di ABPBH 2010

Salam semua, wah sekarang nie macam tengah dilanda fenomena Usop Wilca yang jugak merupakan ayah saudara kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya. Terkini Usop Wilcha tampil di Anugerah Bintang Popular 2010, memang gamat betul malam tu tengok dia melawak, memang menjadi.



Perkataan yang selalu anak-anak ajukkan iaitu “Kita bako aje, kita bako” hahahaa dan patutnya Usop Wilca yang jadi Bintang Paling Popular malam tu, hehehe.

Continue reading “Usop Wilca jadi sebutan – Video Usop Wilca di ABPBH 2010”

Imej Seks dan remaja bercium di khalayak ramai

Salam semua, imej seks? korang mesti terer bab nie kan? imej seks tu macam mana pulak?, ku yang dah kawen nie pun blur-blur gak ngan keywords tersebut, apakah sebenarnya yang di cari oleh orang tersebut, kalau ku tahu pun ku dediam aje 😛

imej seks

Cepat ngaku siapa yang cari keywords tu!, sebenarnya ada banyak keywords yang ala-ala macam tu, segala video lucah pun ramai yang search, sebenarnya tak pernah pun entry pasal benda-benda tu, maybe kekuatan keywords tu kot, tu yang termasuk kesini, dan pastinya orang yang mengoogle tu rasa hampess sebab tak jumpa apa yang di inginkan…hahhaa padan muka korang!

Continue reading “Imej Seks dan remaja bercium di khalayak ramai”

Dalam 10 cakap 1 nombor

Salam semua, pagi nie sumpah gelak guling-guling tengok video kat bawah nie, sangat-sangat menghiburkan, senaman pagi di mulakan dengan senaman mulut dan muka dulu tengok video bawah nie…hahahhaa adoiiii tak caya meh korang layan sendiri yea 🙂

Hah..macam mana?? kelakarkan? sempoilah diorang nie, kreatif betul! sebenarnya video atas tu ada member sharekan kat facebook, so tertarik pulak rasanya nak kongsikan dengan pembaca blog ini, sekali sekala layan yang macam nie seronok jugak..hahhaa, adoiiii lawakk!!

Continue reading “Dalam 10 cakap 1 nombor”

(Video) Teacher Shida aka Cikgu Shida memang terbaik!

Salam semua, pagi tadi yang jem kat youtube, duk layan Teacher Shida punya miming, best giler ini cikgu! sempoi arr, suka pulak Yan tengok, semua video Teacher Shida nie Yan dan habis tengok, boleh kata kaki ngan kepala pun ikut rentak Teacher Shida aka Cikgu Shida yang terer bab mimimg..ehehe. kelakar betul Yan tengok! memang menghiburkan, paling best dia miming lagu Stacy yang bertajuk Jahat, betul-betul bersemangat Yan tengok, Yan pun ikut sama terhibur..ehehe

Jomlah korang gi terjah video-video teacher shida nie sebelum di privatekan, masuk SINI

Kalau nak join fan facebook cikshida (Teacher Shida) boleh je terus ke CikShidaDariParit’s Fans, memang best sangat dapat kenal cikshida nie, tak sabar nak tengok next video pulak..ehehe 😛

Tapi kan ramai jugak sebenarnya yang tidak suka dengan perbuatan cikgu shidah nie, mereka mengatakan perbutan dia adalah sangat memalukan profesyen perguruan, entahlah..korang boleh jugak baca komen-komen tak Foto Khaiitt Tuiii !! Untuk Video Cikgu Shida Mereng , Yan disini tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuma Yan nak katakan Yan terhibur tengok video dia…hahhaa 😛

.

Free Laptop Acer Aspire One, klik  SINI

.

Nota Yanmie : Terbaek!!

Alat melipat baju – Mesti cuba!

Salam semua, selamat malam yea, tadi sambil-sambil layan youtube dan terjupa video cara buat alat melipat baju, so Yan cubalah buat eksperimen tu jugak, kebetulan bahan pun ada so layankan aje *tetiba rajin* hahha, layankan video bawah nie yang di demokan oleh anak Yan sendiri iaitu Aiman. layan yea…

.

amacam??? ehehe…anak-anak Yan pun jadi seronok, so lepas-lepas nie ringan sikit beban, anak-anak boleh tolong melipat kain, hahaha….akhirnya jumpa jugak alat untuk melipat baju kan…yelah Yan nie banyak-banyak keje paling tak suka melipat baju..hahaa tak tahu lah napa..ehek 😛

Continue reading “Alat melipat baju – Mesti cuba!”

Senaman untuk mengurangkan selulit di peha

Salam semua, baru kejap tadi melakukan aktiviti senaman setelah hampir setengah tahun tidak bersenam, sila percaya yea! ehehe. ini disebabkan oleh entry Oh Gemuk!. Makin bersemangat jadinya nak menurunkan berat yang tak stabil nie, kejap turun kejap naik, bila berat naik bukan main mendadak lagi, tapi nak turunnya tu agak semput-semput sikit..huhu

Google Images

Insyallah start besok Yan akan memulakan Diet jenis Diet Atkins, sebelum nie cuma kawal pemakanan sahaja. tapi insyallah kali nie agak serius sikit, maklumlah raya dah nak dekat, peha (selulit) pulak nie makin membesar, rasa rendah diri tu semakin menguasai diri bila berkeadaan macam nie. even duduk rumah aje pun, tapi serius memang tak selesa berbadan macam nie, terutamanya dengan selulit kat peha nie, lemak degil betul!

Teringat zaman sebelum berkahwin, berat 42kg tu! alangkah bagusnya kalau dapat berat zaman bujang dulu, zaman bergelar pelajar kolej..ekeke. Zaman bergetah lagi tu…hahahaa

Continue reading “Senaman untuk mengurangkan selulit di peha”

Janji Kekasih Episode 3

Salam semua, semalam macam biasa tengok Janji Kekasih Episode 3 di TV3, so far tak pernah lagi ketinggalan menonton drama nie, memang best sangat drama nie, betul-betul mengingatkan Yan kepada drama Nur Kasih 🙂

Pada yang ketinggalan episode 3 semalam, jom saksikan disini, rugi tak tengok 🙂 Drama yang bakal mencetuskan fenomena seperti Drama Nur Kasih dahulu..wah!!

Episode 3 Janji Kekasih kredit to TV3

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/janjikekasih/janjikekasih_01_003_01_cft.flv[/zdvideo]

Part 1

Continue reading “Janji Kekasih Episode 3”

Janji Kekasih Episode 2

Salam semua, semala layan Drama Janji Kekasih Episode 2 di Slot Zehra TV3. Drama nie bestlah jugak, rasanya boleh layan sampai habis, teringat pulak dengan Drama Nur Kasih.

Pada yang ketinggalan Episode 1 Janji Kekasih boleh tengok kat SINI dan kalau nak layan Lagu Tema Janji Kekasih boleh klik SINI jugak 🙂 *Sharing is Caring*

Jom layan Janji Kekasih Episode 2 (Kredit to Catch up TV3)

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/janjikekasih/janjikekasih_01_002_01_cft.flv[/zdvideo]

Part 1

Continue reading “Janji Kekasih Episode 2”

Janji Kekasih Episode 1 – Slot Zehra TV3

Salam semua, malam nie mesti ramai yang tengah tengok Perlawanan Pembukaan FIFA Worldcup 2010 kan, Yan pun takdelah minat sangat bola nie tapi kalau en.hubby buka tengoklah jugak teman dia sekali 🙂 tapi malam nie en.hubby keje malam so dia tak dapat ler tengok perasmian FiFA Worldcup 2010 aka Piala Dunia 2010. Tapi takpe dear nanti tengok ulangan besok..ehehe

Oklah takmo cerita pasal piala dunia..ehehe, nak cerita pasal drama yang baru kejap tadi Yan tengok iaitu Janji Kekasih slot Zehra di TV3, intro yang sangat menarik! rasa drama nie macam best aje, Drama bersiri terbaru 13 episod Janji Kekasih ini diarahkan olen Pengarah yang tidak asing lagi iaitu Feroz Kadir, yang jugak pengarah drama yang meletup-letup baru nie iaitu Adamaya, so pastinya drama ini jugak mesti best!.

Continue reading “Janji Kekasih Episode 1 – Slot Zehra TV3”