Dendam Orang Minyak – Slot Lagenda TV3

Salam semua, petang tadi tengok Slot Lagenda TV3 yang baru , yang  menggantikan  Drama Sayang Cendana iaitu Drama yang bertajuk Dendam Orang Minyak, oklah jugak episode ke 2 nie, episode pertama tak tengok pun, duk cari kat catch up TV3 tak jumpa lah pulak. Sesiapa yang ada link untuk tengok Episode 1 Dendam Orang Minyak boleh lah share dengan Yan yea 🙂

Cari jugak Sinopsis Drama Dendam Orang Minyak nie tapi tak jumpa, maybe promo kurang kot, tapi macam biasalah tayangannya pada hari Isnin hingga khamis Jam 4.30 petang di TV3 dan untuk ulangan di TV9  iaitu pada jam 8.30 malam.

Continue reading “Dendam Orang Minyak – Slot Lagenda TV3”

Ost Noktah Erna – Adinda Lah Ahmad

Salam semua, lega rasa hati bila 12 rakyat malaysia yang di tahan oleh tentera israel telahpun di bebaskan. oklah tadi dapat komen dari seseorang yang masuk melalui en.google, kesianlah pulak dia nak lirik lagu noktah erna tu, so disini Yan kongsikan OST Noktah Erna bersama untuk kawan-kawan yang lain jugak.

See, kawan kita nie agaknya minat sangat dengan Drama Noktah Erna nie 🙂 siap request tajuk  tema lagu Noktah Erna siap dengan lirik lagi, komen adik nie korang boleh baca kat SINI jugak. Ok dik, sini akak kongsikan yea..enjoy…

Continue reading “Ost Noktah Erna – Adinda Lah Ahmad”

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza di serang oleh Tentera Israel

Salam semua, semalam tengok berita terkejut sangat dimana konvoi misi bantuan kemanusiaan ke GAZA telah di serang oleh tentera Rejim Israel, dimana komando Israel menceroboh kapal misi bantuan menyebabkan lebih 10 aktivis bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza terbunuh.

Nasib sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam, belum diketahui.

Continue reading “Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza di serang oleh Tentera Israel”

Arjuna Episode 1 – Slot Aksi TV3

Salam semua selamat pagi, semalam kami 4 beranak jem depan TV layan Slot Aksi TV3 yang baru iaitu Arjuna yang menggantikan Drama Jidin, hehee Jidin nie memang Yan tak layan, kalau buka pun anak-anak yang menapak tengok, tak best langsung drama Jidin tu..opss!! ehehee

Semalam merupakan Episode 1 untuk Drama Arjuna, dari pemerhatian Yan Drama Arjuna nie memang best sangat dimana Drama malaysia yang pertama menggunakan Elemen CGI terbitan KRU Studios

Continue reading “Arjuna Episode 1 – Slot Aksi TV3”

Roh Kembali Episode 1 – Slot Seram TV3

Salam semua, saat entry ini di taip Yan berseorangan, anak-anak dah tidur dan en.hubby bekerja untuk shift malam minggu ini. Malam jumaat ok! kat TV3 pulak tadi Slot Seram yang bertajuk Roh Kembali Episode 1, serius memang Yan tak layan cerita seram-seram nie, sebabnya pandangan mata nie memang melekat je, imaginasi tu kuat..tu pasal tak minat nak tengok drama seram macam nie, even en.hubby ada pun memang kami tak layan drama seram 🙂

Dah tu tadi tak pasal-pasal Yan dengan anak-anak layan ulangan Konsert Akademi Fantasia 8 di Astro Ria sebab tak nak tengok drama seram nie 🙂

Continue reading “Roh Kembali Episode 1 – Slot Seram TV3”

Syazwani Diyana Juara Top Host 2010

Salam semua, baru kejap tadi tengok Final Top Host 2010, Tahniah kepada Juara Top Host 2010 iaitu Syazwani Diyana kerana berjaya menambat hati para Juri. memang nampak Syazwani bersedia dan nampak tenang sekali. Walaupun nampak sedikit takut-takut masa interview Dato’ Siti Nurhaliza, tapi oklah takde tersasul-sasul…ehehe

Continue reading “Syazwani Diyana Juara Top Host 2010”

Shah Jihan Episode 1 – Slot Akasia TV3

Salam semua, mesti petang semalam ramai yang bertenggek depan TV tengok Drama Syah Jihan sama ada best ke tak, betul tak? ehehe, Yan sendiri menanti-nantikan Drama Syah Jihan ini. Boleh kata Slot Akasia TV3 lah yang selalu Yan tengok berbanding Slot yang lain.

Baca SINI untuk Sinopsis Syah Jihan

Ini pendapat Yan tentang Episode 1 Shah Jihan, bagi Yan intro yang sangat menarik, kelakar! boleh tergelak jugak tengok adegan mimpi Aisyah iaitu watak yang di lakonkan oleh Fauziah Gous, boleh pulak pari-pari tu pakai kain batik..haha lawak!! Jomlah tengok Episode 1 nie sebagai Episode Promo untuk korang terus melekat kat TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.30 Petang 🙂

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/syahjihan/syahjihan_01_001_01_cft.flv[/zdvideo]

Part 1

Continue reading “Shah Jihan Episode 1 – Slot Akasia TV3”

Entry Khas untuk Aiman

Salam semua selamat berhujung minggu, hari nie tak kemana sebabnya en.hubby keje, so lepak-lepak rumah sahaja layan TV sambil-sambil blogging depan TV dan macam biasa jadi cikgu kepada anak-anak. Petang nie online tumpang Meja belajar anak-anak…ehehe

Tetiba tadi Aiman ada permintaan, macam nie katanya :-

Aiman : “Ibu, boleh tak Amik gambar eyman tengah menulis?”

Ibu/Yan : “Ha..nak buat apa??”

Aiman : “Nak masuk dalam laptop ibu macam semalam tu” rujuk entry INI

Ibu/Yan : “Oh…abang nak masuk dalam blog ke?”

Aiman : “Haaa yeaaa…Aiman nak!!!” *dengan nada bersemangat*

.

Continue reading “Entry Khas untuk Aiman”

Selamat Hari Guru

Salam semua seperti yang korang semua maklum hari ini adalah hari yang sangat bermakna buat semua guru-guru di Malaysia, dengan ini Yan ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua bekas guru-guru Yan masa sekolah rendah, menengah dan lecturer masa kat Kolej, jasa anda semua sangat dihargai 🙂



Dan ucapan Selamat Hari Guru jugak buat sahabat-sahabat bloggers yang bergelar guru, moga sukses selalu!

Amy, Wife Eyriqazz, Suami KakChik, Dahlia, KakMyza, Kak Hazlin, X-po

dan ramai lagi…

.

*tetiba teringat cikgu saiful yang garang tu, suka sangat tarik telinga..ehehe*

Lagenda Budak Setan bakal beraksi

Salam semua selamat berhujung minggu, hari nie nak sharekan pasal Filem Lagenda Budak Setan, yang mana Filem ini adalah adaptasi dari Novel Lagenda Budak Setan hasil penulisan Ahadiat Akashah, seingat Yan novel Lagenda Budak Setan nie Yan baca ketika zaman Yan belajar dulu, masa nie Novel Lagenda Budak Setan inilah yang meletup-letup jadi kegilaan remaja masa dulu!! Novel Lagenda Budak Setan ini begitu penuh dengan cerita cinta, suka duka dan airmata..ohhh best!!

Layan pulak Trailer Lagenda Budak Setan kat Youtube, tengok trailer nie pun dah tahu jalan cerita memang best!! harap-harap maginasi semasa membaca Novel Lagenda Budak Setan ini sama dengan Filem Lagenda Budak Setan *wah!! imaginasi ini dah lama tau!!*

Continue reading “Lagenda Budak Setan bakal beraksi”