10 orang terkaya di malaysia

Salam semua, semalam sedang kami menikmati hidangan malam di sebuah restoran di Jalan Bukit Kemuning, sambil-sambil tengok berita TV3 pukul 8 malam, tertarik pulak dengan laporan tersebut yang melaporkan tentang terkini senarai orang yang terkaya di Malaysia 2011, jom Yan kongsikan dengan korang ye disini.

 

orang terkaya di malaysia

1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
13. Datuk Lee Yeow Chor –
14. Lee Yeow Seng
15. Datuk Seri Lee Oi Hian
16. Datuk Lee Hau Hian
17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
18. Tan Sri Lau Cho Kun
19. Datuk Mokhzani Mahathir – RM1.6 bilion
20. Tan Sri Jeffrey Cheah

.
Nampaknya dalam 20 senarai individu yang terkaya diatas, tersenarai hanya 3 anak melayu kita iaitu di tangga yang ke 7,  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom, tangga ke 11 iaitu Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion dari Kumpulan Arab-Malaysian dan seterusnya di tangga ke 19 iaitu anak kepada mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir 1.6 bilion dari Kenchana Petroleum.
.