Salam, insyaallah kalau takde apa-apa petang nie kami sekeluarga akan berlepas balik ke kampung halaman saya di Sandakan, Sabah, dah lama juga tak naik flight Air Asia nie, makan tahun jugak, biasa balik naik MAS, arghhh apa-apa jelah janji selamat sampai ke kampung hehehe, oohooo…hooo balik kampung…ohooo…hooo balik kampung, hati girang…*over lah pulak..opss!!*
Dan untuk pengetahuan ini juga adalah pertama kali kami menggunakan perkhidmatan Air Asia Web Check In, biasanya kalau menggunakan Air Asia kami akaun ke kaunter check in, tapi sekarang nie dah mudah sangat dah, tak perlu nak beratur panjang, tinggal lagi tukarkan 2D Barcode atas tu dengan Bording Pass pada mesin yang disediakan di LCCT nanti, kemudian untuk proses cek dokumen dan hantar beg ke kaunter bagasi, siap!!
– Mudahan semuanya di permudahkan, Amin ^___^