Slot Akasia TV3 kini tampil dengan drama baru yang bertajuk Adamaya, yang mana menggantikan Drama Na O Mei, macam biasalah kan Slot drama Akasia nie bersiaran setiap hari isnin hingga khamis pukul 6.30 petang.
Drama Adamaya mempunyai 23 episod yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single”. Para pelakon terdiri daripada teraju utamanya Hussein Ruffedge dan Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain tak hebatnya jugak seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi.