Episode Akhir Adamaya – Adam Mati

Salam semua, besok merupakan Episode  Akhir  untuk Slot Akasia Adamaya, tak sabar pulak nak tahu kesudahan cerita ini. Dari Episode 22 hari ini menampakkan Maya dah mula berubah dan ingin kembali bersama Adam.

Teringat Entry Yan Adamaya Episode 20 – Puisi buat Maya dimana rakan-rakan jugak turut memberikan andaian untuk Episode Akhir Adamaya ini. Antara yang menarik Yan kongsikan di bawah yea 🙂

Yang atas tu komen dari ifti, dimana dia kata Adam mungkin ‘Mati’. korang bacalah yea itu andaian dari dia…ehehe, harap-harap betullah yea imaginasi dari Ifti nie 🙂 kalau betul boleh sign kontrak nanti jadi pengarah Drama Adamaya 2…ekekeke 🙂

Continue reading “Episode Akhir Adamaya – Adam Mati”

Adamaya Episode 20 – Puisi buat Maya

Salam semua, seperti semua maklum minggu ini adalah minggu terakhir bagi Drama Slot Akasia yang bertajuk Adamaya, dimana drama adamaya telah menambat hati ramai penonton, sehingga ada yang balik kerja merempit dek Drama Adamaya ini..ehehe siapakah itu??

Agaknya apa yea kesudahan drama adamaya nie?? Adakah Adam akan mati sebabnya Adam tengah uruskan wasiat peninggalan dia, hem janganlah Adam mati, Rasanya si Maya nie memang masih sayang dan cintakan Adam, maybe Maya cuma keliru sebab selalu di hasut oleh si Dani. tapi yang Yan tahu ending drama adamaya ini happy ending, itulah yang Yan tau melalui Twitter, tapi takpe sama-samalah kita tengok kesudahan drama Adamaya ini nanti.

Suka sangat time nie, Adam menulis puisi untuk Maya, jom layan puisi Adam nie yea…sungguh indah..ohhh!!

Continue reading “Adamaya Episode 20 – Puisi buat Maya”

Mia Sara Nasuha – Amani di Adamaya TV3

Salam semua, seperti yang semua maklum sekarang nie siri Slot Akasia di TV3 yang bertajuk Adamaya menjadi bualan orang ramai tak kira di tempat kerja, tempat menunggu bas, kedai mamak, dimana-mana sahaja semua orang bercerita pasal Drama Adamaya nie. Aku jugak tidak ketinggalan menonton Drama Adamaya ini, jalan cerita yang sangat mudah difahami, pelakon pun memang hensem dan cantik. Yang bestnya si cilik Amani pandai sungguh menjiwai watak.

Amani atau nama sebenarnya Mia Sarah Nasuha adalah model kanak-kanak yang selalu muncul di kaca TV sejak dia kecil lagi. Mia pernah menjadi model iklan tv untuk Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, TM, Softlan, Astro Beyond. Dan Sekarang drama Adamaya ini adalah drama pertama bagi dirinya.

Continue reading “Mia Sara Nasuha – Amani di Adamaya TV3”

Adamaya Episode 10 Tonton Online

Salam semua, macam biasa petang nie tengok cerita Adamaya, Ya Allah best sangat, maybe tiap isnin hingga khamis akan ada Entry pasal Adamaya nie (hahaa..angan-angan je, macamlah aku takde keje lain), tak bosan betul buat entry pasal Adamaya nie 🙂 haha, harap korang jangan bosan yea masuk sini, Yan dah addicted dengan Drama Adamaya nie 🙂

Cerita hari nie Maya dah bersalin dan dapat anak perempuan, dan Maya jugak dah tamat belajar. Wah! panjang ok kalau nak tulis kat sini, meh layan video Adamaya Episode 10.

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/adamaya/adamaya_01_010_01_cft.flv[/zdvideo]

`

Untuk Part 2, Part 3 dan Part 4 boleh continue tengok kat link bawah yea

KLIK UNTUK MENONTON ADAMAYA EPISODE 10 DI SENSASI.ORG

Adamaya Episode 9 memang best

Salam semua, petang tadi macam biasa tengok cerita slot akasia di TV3 iaitu Drama Adamaya, Episode 9. Ya Rabbi best sungguh cerita nie 🙂 tak tau nak kata apa, lebih-lebih lagi episod hari nie maya dah mengandung, yeeeeeeeaaayyy Yan yang terlebih hepi nie…hahaha, Adamaya nie betul-betul buat Yan seronok tengok, tiap-tiap hari tak sabar nak tengok 🙂

Sempat lagi Yan snap gambar dari kaca TV Yan…ehehe, tapi kualiti tak berapa cantik, takpelah layan ajelah yea 🙂 Yan suka gambar nie, time nie Adam dan Maya dah balik dari Klinik, dan Maya di Sahkan mengandung 6 minggu 🙂

Continue reading “Adamaya Episode 9 memang best”

OST Adamaya – Yang Terindah

Salam semua, mesti ramai yang tengok Drama Slotaksia terbaru Di TV3 iaitu Adamaya kan? Yan sendiri tidak terlepas mengikuti Drama ini, memang best! yang best tu Lisa Suri Hani pelakonnya.

Yang pasti ramai yang minat Drama Adamaya nie, nak bukti? ramai je semalam orang search pasal Drama Adamaya nie. Tengok gambar bawah

Hits Keywords Adamaya

Lagu temanya pun memang best, sedap je telinga nie mendengarnya, dan pasti ramai yang mencari OST Adamaya ini kan? ok disini Yan sharekan Lagu tersebut yang bertajuk Yang Terindah yang di nyanyikan oleh DAKMIE *ehek..bukan Hubby Yan ok*.

Continue reading “OST Adamaya – Yang Terindah”

Adamaya – Slot Akasia TV3

Slot Akasia TV3 kini tampil dengan drama baru yang bertajuk Adamaya, yang mana menggantikan Drama Na O Mei, macam biasalah kan Slot drama Akasia nie bersiaran setiap hari isnin hingga khamis pukul 6.30 petang.

Drama Adamaya mempunyai 23 episod yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single”. Para pelakon terdiri daripada teraju utamanya Hussein Ruffedge dan Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain tak hebatnya jugak seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin,  dan ramai lagi.

Continue reading “Adamaya – Slot Akasia TV3”