Salam semua, slot zehra tampil dengan drama terbaru yang menggantikan Drama Janji Kekasih yang mana drama tersebut tersangatlah best! tapi masih tak lawan dengan drama nur kasih. Besok pulak Drama terbaru di slot zehra iaitu Ahmad Durrah, tadi tengok promo Drama Ahmad Durrah nie macam best jugak, takpe apa-pun kita tunggu episode 1 Ahmad durrah nie besok, tadi kat Malaysia Hari Ini TV3 ada temuramah dengan pelakon Ahmad Durrah 🙂
Kredit gambar kepada Nuriz
Biasanya Slot Zehra drama dia macam ala-ala ketuhanan dan keagamaan, yang pasti setiap drama yang di tayangkan oleh TV3 sekarang nie mampu menarik minat penonton untuk terus melekat depan TV, contohnya tak payah carik jauh…ehehe Yan lah tu yang selalu duk melekat je tengok drama-drama TV3.