Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil

Salam, semalam merupakan pengalaman baru bagi saya iaitu Minum Air Gula Semasa Hamil, semasa mengandungkan 2 orang anak dahulu, saya tidak pernah minum air gula ni, kandungan kali ke 3 ni pertama kalinya dapat merasa Air Gula. itupun disebabkan berat badan saya naik mendadak dalam masa sebulan.

minum air gula

Ujian Meminum Air gula adalah untuk mengesan tahap gula dalam badan bagi mengesan penyakit kencing manis semasa hamil. Saya sendiri tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis ini, saya  disuruh minum pun sebab doktor risau berat banyak naik mendadak, dikhuatiri menghidap kencing manis semasa hamil, tetapi kebiasaannya ibu mengandung yang tidak mengalami kencing manis sebelum hamil ini, mereka hanya menghidap kencing manis hanya untuk sementara semasa hamil, berbeza dengan ibu mengandung yang sebelum ini menghidap penyakit kencing manis, dikhuatiri akan melarat dan akan memberikan kesan kepada bayi.

Continue reading “Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil”