Cara Saya Melatih Anak Berpuasa

Salam, hari ni nak share Cara saya melatih anak berpuasa, alhamdulillah setakat hari ini puasa Haziq masih penuh dan aiman ponteng 2 hari. Alhamdulillah bagi saya ianya satu pencapaian yang agak baik bagi usia kanak-kanak seperti mereka iaitu 6 & 7 tahun.

gelagat anak berpuasa

Gelagat anak saya berpuasa

Bagaimana saya melatih mereka berpuasa? caranya sangatlah mudah dan santai sekali, tak perlu tegas sangat, biar anak rasa enjoy berpuasa, main cara halus punya hehee. Tapi pokok pangkalnya dari ibubapa sendiri, kena banyak sabar melayan karenah anak berpuasa. Jom saya share :-

Continue reading “Cara Saya Melatih Anak Berpuasa”

Anak Berpuasa – Tak Bangun Sahur Tapi Nak Puasa

Salam, alhamdulillah hari ini kita berpuasa hari ke 7, syukur kali ini anak-anak saya berpuasa sangat CEMERLANG (siap caps lock lagi hahaa), berbanding tahun yang lepas. Aiman puasa ponteng 2 hari, biasalah dia tak berapa nak tahan lapar hahaa, takpe slow-slow, tapi yang membanggakan saya iaitu Haziq, dia berpuasa penuh setakat ini, alhamdulillah, tahniah anak!, ibu bangga sangat denganmu.

haziq berpuasa

Gambar berbuka, seronok dia dapat durian, hantu durian ni, hihihi

Walaupun usia Haziq 6 tahun tapi dia begitu gigih ingin berpuasa, cuba bayangkan kelmarin dia berpuasa tanpa bersahur, saya terlajak bangun, lepas azan subuh baru terjaga hemm…, so tak bersahurlah myhero-hero -..-“

Continue reading “Anak Berpuasa – Tak Bangun Sahur Tapi Nak Puasa”