Salam, alhamdulillah kali ni saya langsung Tiada Alahan Semasa Mengandung, pening muntah mabuk loya semua tu takde, alhamdulillah sihat aktif macam biasa, pernah sekali duk manjat sana sini pasang langsir, kemas punggah sana sini perabot, dah siap buat kerja baru teringat berbadan dua, alahai nasib baiklah tak jadi apa. yelah bila takde simpton mengandung macam ni, jadi lupa diri sekejap.
Kenangan gambar raya berlima, insyaALLAH tahun depan ada ahli baru pulak ^_^
Opsss!!! cumanya tak tahu kenapa tetiba tak gemar nak makan udang dan sotong, pelik sungguh haishh hehee, sebab sebelum ni memang tiap minggu nak shopping sotong dengan udang, udang sekilo rm44 pun sanggup beli, kali ni pandang udang pun tak mahu hahahha, kalau sotong tu belilah juga sebab Aiman suka makan, abang seafood ni kurang sikit, tapi makanlah juga kalau dah ada hidang atas meja. Itu jelah kot yang tak berapa nak lalu makan, tapi takdelah sampai nak termuntah tengok udang dengan sotong tu hihihi.