Salam semua, baru nie kan ada balik kedah so kami berkesempatanlah jugak jalan-jalan di Pekan Rabu, alor star, kedah selain Jalan-jalan ke Muzium Padi. Seronoklah jugak rambang mata nengok barang-barang jualan..ehehe, bangunan dalam Pekan Rabu nie lebih kurang macam Pertama Kompleks kat KL nu..barang-barang yang di jual pun pelbagai, rasa macam duduk kat padang besar pulak bila berada dalam Pekan Rabut tu…hahaha jom layan gambar macam biasa 🙂
Pemandangan dari Jejantas kat Pekan Rabu tu, rasa gayat pulak sebab lama tak naik jejantas…hahaha adakah patut?? naik flight tak pulak gayat :P, maybe sebab kawasan yang sibuk kot, nampak banyak kenderaan lalu kat bawah *ehek ada je alasan*