Anak Berpuasa – Tak Bangun Sahur Tapi Nak Puasa

Salam, alhamdulillah hari ini kita berpuasa hari ke 7, syukur kali ini anak-anak saya berpuasa sangat CEMERLANG (siap caps lock lagi hahaa), berbanding tahun yang lepas. Aiman puasa ponteng 2 hari, biasalah dia tak berapa nak tahan lapar hahaa, takpe slow-slow, tapi yang membanggakan saya iaitu Haziq, dia berpuasa penuh setakat ini, alhamdulillah, tahniah anak!, ibu bangga sangat denganmu.

haziq berpuasa

Gambar berbuka, seronok dia dapat durian, hantu durian ni, hihihi

Walaupun usia Haziq 6 tahun tapi dia begitu gigih ingin berpuasa, cuba bayangkan kelmarin dia berpuasa tanpa bersahur, saya terlajak bangun, lepas azan subuh baru terjaga hemm…, so tak bersahurlah myhero-hero -..-“

Continue reading “Anak Berpuasa – Tak Bangun Sahur Tapi Nak Puasa”

Aiman & Haziq Di #KiniTrending Astro Awani 501 – Gelagat Kanak-kanak Berpuasa

Salam, baru-baru ini Aiman dan Haziq Di #KiniTrending Astro Awani 501 memaparkan tentang Gelagat kanak-kanak Berpuasa, tak sangka pulak video anak-anak yang saya kongsikan melalui laman Instagram menarik perhatian, hihihi.

gelagat anak berpuasa

Sebelum siaranĀ #KiniTrending, rupanya saya telah dimaklumkan melalui laman twitter, tetapi saya terlepas pandang twit tersebut, jadi makanya saya terlepas menyaksikan siaran tersebut.

Continue reading “Aiman & Haziq Di #KiniTrending Astro Awani 501 – Gelagat Kanak-kanak Berpuasa”

Ragam Anak-anak Berpuasa

Salam, alhamdulillah hari ini cukup seminggu kita berpuasa, syukur diberi peluang untuk berpuasa ditahun ini, pada bulan puasa ini jugalah pastinya ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil sibuk mengajar/melatih anak-anak berpuasa, saya sendiri tak terlepas dari melihatĀ Ragam Anak-anak Berpuasa, memang syiok!

aimanhaziq

Baru-baru ini Aiman dan Haziq berjaya puasa penuh sehari, seronok sangat tau, manakan tidak berhari-hari juga diusahakan agar puasa tak terbatal, dah akhirnyaaaa heeeee alhamdulillah, dan sebagai seorang ibu sudah tentunya saya gembira apabila mereka berjaya melalui hari yang penuh cabaran bagi mereka hahahahahaa.

Continue reading “Ragam Anak-anak Berpuasa”