Anak-anak Demam Chicken Pox

Salam, alahai sedihnya rasa hati bila anak-anak silih ganti ber”demam-an” (ada ke ayat gitu ye? hahaa), hari tu Haziq dah kena Chicken Pox ni, lepas tu Irfan Demam Campak, Ahad lepas Aiman Demam Chicken Pox, kelmarin baby Irfan, ni pulak giliran Haziq lagi…erm…bersilih ganti, sedih tengok anak-anak tak sihat ni, makan minum terbantut, sekolah dah sah-sah tak boleh nak pergi.

chicken pox

Bulan lepas Demam Campak, ni kena chicken pox pulak, sian dia 🙁

Aiman dah nak seminggu chicken pox nya, dah cuba kuarantin dia sebelum ni, tapi tak berjaya, nak buat macam mana dah tak boleh nak halang, dia nak juga menepek kat bawah ni, tak nak duk kat atas, Baby Irfan pulak takkan nak biar kat atas kan? saya buat apa? dah tentulah sibuk dengan urusan kerja-kerja rumah, makan minum anak semua, kalau saya pun menempek diatas, siapa nak uruskan kerja-kerja rumah?, sudahnya redha aje ler…

Continue reading “Anak-anak Demam Chicken Pox”

Abang Long Demam

Salam, baru je maknye sihat, anak pulak tak sihat, lepas Abang Ngah demam Abang Long pulak demam, alahaiii serius kesian betul dengan anak-anak ni, maybe rindu dengan ayah diorang kot, yang abang long ni keje asyik duk kira hari berapa hari lagi ayah nak balik hehee.

instagram pic

Gambar dari Instagram

Gambar ni snap semalam, baru balik dari beli barang dan ubatnya, bukan taknak bawa pergi ke klinik, cuma klinik yang biasa kami pergi tu dah tutup, yang ada pun klinik yang tak berapa nak best huhuhu.

Continue reading “Abang Long Demam”

Aiman Demam Pula

Salam, 2 hari ni Aiman tak berapa nak sihat, kesian kat dia, tapi dia gagahkan jugak untuk ke tadika, ikutkan saya tak bagi dia sekolah dalam keadaan dia tak sihat, tapi apa boleh buat, dia sendiri yang berkeras nak juga pergi sekolah.

ubat demam kanak-kanakDah bagi dah ubat demam atas tu, alhamdulillah ada perubahan, tapi tulah kejap panas kejap sejuk, naik risau jugak, janganlah sampai admit macam dulu, dah serik nak ke klinik dan Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, serik dan takut nak lalui masa-masa seperti dulu tak sanggup lagi sekali untuk mengintai disebalik Dari Celah Katil Wad Pediatrik  -..-“

Continue reading “Aiman Demam Pula”

Kesian Haziq demam

Salam semua, Yan baru balik dari Klinik, haziq pulak tak sihat. Semalam dia demam panas tak lena jugak ler tidur semalam sebab dia asyik merengek aje, kesian pun ada, kejap-kejap minta Yan peluk, sejuk agaknye…huhu

ihik…malunye ibu tunjuk muka demam adik 😛

So pagi nie tadi bawalah dia ke Klinik kat Bandar Pusat Jengka nie, alhamdulillah Doktor kata panas badan Haziq tak tinggi sangat, 37 suhu kepanasan. Now haziq dah boleh bermain-main, menangis, gelak, semualah haziq dah boleh buat, beza dengan pagi tadi nampak slow sangat. layan gambar haziq masa gi klinik tadi yea 😛

Continue reading “Kesian Haziq demam”