Salam semua, yeay nak kongsikan dengan korang satu aplikasi yang menarik di Smartphones HTC Desire Z nie, yang mana menggunakan Flatform Android™ 2.2 (Froyo) with HTC Sense™ iaitu Aplikasi Google Goggles yang mana hanya boleh di install di Market Android. Caranya mudah sangat nak guna, cuma snap gambar menggunakan HTC Desire Z dan biarkan ianya menganalisa gambar tersebut mudah bukan?
Teruja betul guna aplikasi Google Goggles nie, mula-mula tu blur jugak, amik masa nak faham, tapi bila dah faham habis semua benda nak di google goggles, kadang-kadang tu dapat result yang amat melucukan~LOL~, ianya bergantung pada ketepatan imej tersebut dan kalau nak snap kena elak dari pantulan cahaya sebab ianya akan memberikan keputusan yang tidak tepat.