Salam, tak lama lagi Drama Tentang Dhia dah nak habis kan, drama yang bakal menggantikannya iaitu drama Gemersik Kalbu yang di adaptasi dari novel Gemersik Kalbu hasil karya dari Anis Ayuni, saya tak pernah baca novel ni, tapi kalau dah jualan novel ni laris dah tentu jalan ceritanya bestkan?
Drama ini dibintangi oleh pelakon Aqasha, Ayu Raudah, Neelofa, Farahdhiya dan ramai lagi, kalau ikutkan waktu tayangan drama ni 26.12.2012 tapi baca update kat facebook drama ni diorang bagitau yang drama ni tukar tarikh mula penyiaran, takpelah sama-sama kita nantikan episode 1 drama gemersik kalbu ni.