Salam, Risau pulak baca pasal Penggodam (Hacker) yang menggelarkan group mereka sebagai “Anonymous” yang mana mengatakan mereka bakal merancang untuk menggodam aka hack laman web kerajaan www.malaysia.gov.my.
Baca juga sini Kumpulan Pengodam Anonymous Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan
Anonymous berkata, mereka akan menyerang pada pukul 7.30 malam GMT, 15/6/2011 Rabu (3.30 pagi, waktu Malaysia Khamis 16/6/2011) dengan menamakannya sebagai ‘Operasi Malaysia’. Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui http://i.imgur.com/PTFWh.png itu, bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.