Live Chat bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz – Drama Bagaikan Sumayyah (Anugerah Skrin 2010)

Salam semua, malam ahad nie jangan ketinggalan untuk menyaksikan Drama yang tercalon dalam Anugerah Skrin 2010 di TV3 iaitu Drama Bagaikan Sumayyah lakonan mantap dari Fasha Sandha, Dato’ Rahim Razali, Yalal Chin, Wan Maimunah, Jue Aziz, Normah Damanhuri, Ako Mustapha dan Fauzi Nawawi.

zue aziz dan fasha sandha

Selepas tayangan Drama tersebut jangan lepaskan peluang untuk bersembang secara langsung bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz selama 30 minit, sure jem giler stream nie…hahaha, hari tu chat dengan Sheila Rusly dan Fauzi Nawawi pun bukan main jem lagi…ehehee beratus-ratus orang duk dalam tu. Rasanya kali nie lagi ramai kot, maklumlah wanita jelita tu yang tengah chat…eheee

Continue reading “Live Chat bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz – Drama Bagaikan Sumayyah (Anugerah Skrin 2010)”

Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka”

Salam semua, tengok drama Taubat Nasuha di TV3 tadi betul-betul meresap dalam jiwa, sedih betul sampai menangis-nangis tengok TV, bayangkan anak Yan yang berumur 4 dan 3 tahun turut sama berada disisi Yan menangis teresak-esak..huhuhu sedey sangat!! Yan kalau drama-drama macam nie memang mudah tersentuh, lagi-lagi lakonan Shiela Rusly dengan Fauzi Nawawi memang mantap sampaikan penonton turut terbawa-bawa dengan situasi tersebut, drama ini memang betul-betul memberikan pengajaran kepada kita bagi yang sudah berumah tangga.

live chat dengan shiela rusly dan fauzi nawawi

Tadi sempat jugak bersembang secara langsung dengan Sheila Rusly dan Fauzi Nawawi di laman apps TV3, tak puas rasanya sebab kejap je dalam 30 minit macam tu, seronok dapat chat dengan diorang berdua.

Continue reading “Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka””