Salam, bulan lepas saya ada ke klinik untuk rawatan Ibu Mengandung, macam biasa bagitahu apa yang tak kena dengan badan, saya mengadu bahawa jantung berdegup dengan kencang, doktor pun risau dan doktor ada buat ujian ECG keatas saya, dan inilah Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram), Ujian ECG ini adalah untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia, penyakit jantung struktur atau keabnormalan ritma degupan jantung.
Apakah Elektrokardiogram?
Elektrokardiogram (ECG) ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.
Terkejut juga bila doktor cakap yang saya kena buat ujian ECG tu, dalam hati apakebendanye lah ECG ni, naik cuak juga, saya pergi ke jabatan kecemasan di Klinik, kemudian nurse suruh saya baring dan rileks aje, 12-ECG elektrod diletakkan di posisi standard pada dada dan kedua-dua anggota bahagian atas dan bawah, memang berselirat badan dengan segala wayar.
Continue reading “Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram)”