Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

Salam, minggu lepas saya menerima Parcel dari Blogger UmmiHanie, pesan Pemanggang Ajaib dengan beliau, beli kat Langkawi Brand HIG (Haji Ismail Group), sapa tak kenal HIG memang tak pernah sampai Langkawi heheee *ok gurau*

pemanggang ajaib HIG

Bila pemanggang dah dapat, macam-macam lah idea memasak datang, jangan tak tahu, dengan pemanggang ni memang serba serbi boleh masak tau, rajin jadinya duduk kat dapur heeee, layannn~

Continue reading “Ayam Bakar Pemanggang Ajaib”

Kepak Ayam Bakar Berempah

Salam, baru-baru ini my MIL ada buat Kepak Ayam Bakar Berempah, perghhh sedap~, memang layan betul makan, rasa rempah tu sedap sangat, nak-nak pulak buat bahagian kepak ayam kan, lelemak yang bersalut rempah tu haruslah sedap wuwuwuwuuu~

Kepak Ayam Panggang Berempah

Nasiblah cuti diet 9 bulan kan kikiki, kalau tak ini adalah makanan yang harus dielakkan kehkehkeh, saya tengok MIL buat takde lah susah mana pun, senang aje, insyaallah nanti nak trylah buat, yang versi saya buat lain sikit, takde tumbuk-tumbuk rempah ni (boleh tengok entry Resepi Ayam Bakar saya), sesekali layan yang berempah macam  ni memang tangkap lelehhhh ^___^

Continue reading “Kepak Ayam Bakar Berempah”

Lama Tak Buat Nasi Ayam

Salam heeee hari ni saya happy sangat sebab Berat turun 1kg dan inci kurang 2 cm dalam masa 4 hari! kehkehkeh sila lah percaya, saya pun kena terima hakikat nampaknya hahahhaa, dahhh nak cerita pasal nasi ayam pula, giler Lama Tak Buat Nasi Ayam ni, last makan pun beli kat The Chicken Rice Shop Bukit Tinggi Klang, semalam saya kena rajin, tak rajin pun memang kena rajin demi Projek Besar saya heheheee.

nasi ayam

Gambar : Projek Besar

Nasi Ayam, resepi untuk ayam bakar tu boleh tengok kat SINI ye, senang sangat nak buatnya. Aiman dan Haziq kalau dah makan ayam bakar tu memanglah tak berhenti nak meratah, pesen budak-budak ni makan nasi ayam pula kena hias macam kat atas tu, pedahal diorang makan ayam dengan nasik je pun, konon mood makan macam makan kat kedai HAHAHAHA.

Continue reading “Lama Tak Buat Nasi Ayam”

Daging Masak Merah dan tak sabar nak gantung

Salam semua, semalam mengoogle Resepi Daging Masak Merah, tapi resepi tak follow pun kat internet tu, cuma tengok macam mana diorang buat daging tu jadik warna merah, rupanya kena perap dengan pewarna merah..hehe. Jom layan gambar daging masak merah versi Yanmie 🙂

ehek…tulah dia antara salah satu menu berbuka yang Yan masak sendiri iaitu Daging Masak Merah. Rasanya sungguh marbeles!! rasa sekali pasti nak lagi, semestinya menu-menu yang ditayang dalam nie mesti yang sedap2, kalau tak sedap memang tak entry..ekeke.

Continue reading “Daging Masak Merah dan tak sabar nak gantung”

Atkins Diet hari ke 2 – Ayam bakar dan Coleslaw

Salam semua, hari nie merupakan hari ke 2 misi Diet Atkinsku, syukur alhamdulillah setakat ini dipermudahkan segalanya, tapi risau jugak nak balik kampung nanti nie, takut tak boleh follow. jom tengok menu atkins yan untuk hari ke 2 nie, mula-mula memanglah rajin masak, lepas tu tak tauler macam mana…ehehe, jom layan menu lunch tadi.

Sebenarnya semalam memang ada buat jugak menu ini, tapi atas permintaan anak-anak, yan buat lagi sekali, bukan pandai lagi Aiman nie siap puji-puji katanya sedap, suh buat lagi..so buat lagi untuk tidak menghampakan Aiman dan Haziq 🙂

Continue reading “Atkins Diet hari ke 2 – Ayam bakar dan Coleslaw”