Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak

Salam semua selamat berhujung minggu, Yan baru balik dari Pasaraya Econsave beli barang dapur dan barang keperluan yang lain, macam biasalah hari nie adalah hari tanpa plastik tapi Yan barang-barang semua letak jugak dalam plastik sebabnya leceh, bukan taknak sokong kempen minggu tanpa plastik tu cuma agak susah sikit bagi Yan *ekekee…ada aje alasan*

Oklah masuk aje kedalam Pasaraya Econsave benda pertama yang masuk dalam kepala nie nak belikan anak-anak something dari duit hasil blogging Yan. fikir punya fikir terlintas untuk Yan belikan diorang meja kecik dan bangku kecik sekali, senang untuk diorang belajar atau bermain, selalunya duk kat meja makan aje…ehehhee

Meja dan bangku dalam gambar nielah yang Yan belikan tadi untuk diorang, bukan main seronok lagi yang abang nie, siap puji-puji ibu dia…kikiki, tak pasal-pasal hari nie dia rajin Ya amat menulis.

 

Continue reading “Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak”

Menjawab TAG dari Bro Kulanz

Salam semua, pagi nie tetiba teringat ada hutang TAG dari Bro Kulanz*psstt!! sebenarnya buat-buat lupa* ehek…oklah sori yea Bro Kulanz aku baru ada feeling mau jawab ko pnya TAG, jom layan…

1. Siapakah diri anda di rumah?
– ehek…seorang Ibu dan Isteri penyayang kepada suami dan anak-anak *Sila jeles*

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
– Seorang yang sangat baik hati dan peramah..ekeke…see perasan sudah!

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Tak yah banyak, dapat yang satu nie pun dh cukup, Nak baby girl…huhu~~ payah betul nak dapat, hahaha puas dah bekerja keras..opss!!

4. Siapakah nama pasangan anda?

Mohamad Suhelmi atau nama glemer Mie

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.

Ya Rabbi 5 aje ke?? ada banyak nie…hehee, ok paling best bila hubby suka bagi kejutan contohnya jalan-jalan kat Mall tetiba ajak masuk kedai handphone, kedai komputer, kedai emas, kedai baju-baju dan cakap kat Yan ” Pilihlah nak yang mana…hehehe* korang sila jeles ok!, my hubby tak kedekut orangnya. Yang best duduk rumah jaga anak-anak pun boleh dapat gaji, dah tu gaji sama macam Yan keje kat opis dulu..hahaha. Dah-dah, kang ada yang jeles pulak baca pasal en.hubby Yan nie…kikikiki *terlebey sudah*.

Continue reading “Menjawab TAG dari Bro Kulanz”