Model Cilik Butik Baby Ibu

Assalammualaikum, 2014 Permulaan Yang Baik, dapat buka Butik Baby Ibu, Alhamdulillah rezeki datang dan terus datang, syukur sangat atas rezeki yang ALLAH SWT berikan, Fokus 2014 untuk lebih berjaya dalam hidup amin, doakan ye ^_^

baju baby gap

Model Cilik Butik Baby Ibu, terima kasih sayang banyak membantu dalam mempromosikan baju-baju jualan di Butik Baby Ibu hehee, untung ada anak kecil ni, takperlu cari model lain, suruh aje anak sendiri jadi model, habis cerita, modal pun jimat kikiki.

Continue reading “Model Cilik Butik Baby Ibu”

Peneman Hujung Minggu

Assalammuaaikum, time publish entry ini, saya masih berada di Mines Wonderland, jalan sakan 1 hari ni hahahaha, mujurlah Baby Irfan sangat sporting.

image

Terima kasih anak sebab buat perangai elok hari ni. tapi frust pulak tak dapat nyusukan dia ni. tak jumpa port yang sesuai. tak jumpa surau di Mines Wonderland ni, tak jalan sangat pun tak reti tanpa suami hahha adeii teruk betul.

Continue reading “Peneman Hujung Minggu”

Dah Besar Rupanya

Assalammualaikum, pejam celik cepatnya masa berlalu, Baby Irfan pun dah nak masuk umur 1 tahun, alhamdulillah. Perkembangan terkini Baby Irfan, dia dah pandai berjalan, berlari, memanjat, dah boleh faham sikit-sikit apa yang kita cakap, kalau suruh duduk dia duduk, kalau suruh sayang dia sayang, juga dah pandai salam dan cium tangan, juga pandai lambai bye-bye, dah pandai cakap “ayah”, “nak”, “am..ammm” (nak makan), hahaha eee banyak lagi lah nak bagitau kat sini HAHAHAHA

baby irfan

Ni gambar kelmarin, pergi beli barang di NSK, biasanya letak dia dalam Stroller ataupun Troli, tapi kelmarin sajalah try bagi dia berjalan dikhalayak ramai. Mula-mula tu dia takut juga, mungkin takut kena pijak ke kan hahahaa, lama-lama tu dia ok, tapi tak lama lah, letak dia balik dalam troli hehee, sebab lambat ya amat, sepanjang-panjang berjalan, sepanjang tu dia nengok sana-sini heheee.

Continue reading “Dah Besar Rupanya”

Dah 11 Bulan, Pandainya!

Assalammualaikum, woww pejam celik pejam celik tak terasa cepatnya masa berlalu, Baby Irfan pun semalam genap umurnya 11 bulan, sebulan lagi dah boleh sambut besday sama-sama dengan ibu, eheemmmm Baby Irfan lahir sehari lepas ulang tahun kelahiran saya tahun lalu, Hadiah BESAR dalam hidup hehehee.

baby cot

Umur dah 11 bulan ni dah tentu macam-macam yang dia tahu, paling best dah dapat KAKI, wowwww!!! hehee kira cepat jugalah berbanding abang-abangnya sebelum ini umur 1 tahun baru pandai berjalan, baby Irfan 10 bulan aje dah pandai berjalan, syabas anak!.

Continue reading “Dah 11 Bulan, Pandainya!”

Saya Suka Memanjat

Yuhuuu, Rabu tanpa kata, tapi nak membebel juga hahahaa, sejak Baby Irfan dah besar sikit ni, dah pandai berjalan sikit, memanjat sana-sini, tak keruan jadinya. Tak boleh lepa sikit, mesti nak memanjat. tu ha kalau tangga laju je dia manjat, pernah sekali saya ke tandas, tak ingat langsung yang tangga tak dihadang, nasib baik Angah perasan yang adik dah ada di anak tangga yang ke 10. cuba bayangkan!, rumah ni ada 18 anak tangga.

baby irfan

Jadinya inilah salah satu punca saya jarang online di Laptop, kadang jenguk dari handphone aje, hinggakan ada rakan yang whatsapp, mesej tanya apa dah jadi, kenapa sunyi je heheee, tak sangka ada juga ye yang ambil berat, macehhhh ^_^

Continue reading “Saya Suka Memanjat”

Botakkan Kepala #MyIrfan Lagi

Hi, kelmarin Suami bawa anak-anak gunting rambut, sekali dengan Baby Irfan dia angkut bawa sekali, tinggal lah seorang kat rumah (ngemas, masak..bla..bla….), balik-balik je dengar suara Angah jerit-jerit kat luar “Ibuuuuuu….tengok kepala adik dah botak licin” HAHAHAHAHAA

myirfan

Sebenarnya saya tidak terkejut pun kikikiki, sebabnya kami memang berhajat nak cukur rambut dia lagi, saja lah nak botakkan, takde sebab apa-apa pun (boleh tak bagi sebab gitu? hihihi), sebenarnya saja ikut petua orang tua-tua, kotlah anak tu nanti jadi orang yang cerdik, islamic sikit hehee, buatlah juga, saja…bukan nak kata percaya, lagi pun tak susah mana nak buatnya, bercukur juga kan sunat.

Continue reading “Botakkan Kepala #MyIrfan Lagi”

Bawa Baby Irfan Dating

Salam, seronok betul bawa Baby Irfan gi Dating ni, sebab dia sangatlah sporting hihihi, kemana pergi mesti saya bawa sekali, melainkan tempat yang tak boleh nak bawa memang tak boleh buat apalah, contohnya macam masa Event Liposonix hari tu, mujurlah dia ok cuci mata kat KLCC dengan ayahnya dan abang-abangnya ^_^

yanmie

Ya Rabbi bulatnya muka ku hahaha, ehemmm tampil yakin dengan Ephyra ^_^

Saja nyembang-nyembang dgn mySayang ni kikiki, yelah bukan selalu jumpa kan?, dan si ibu cantik manis Elizabeth macam biasa tak mau tempek muka kat tenet ni, so haruslah dia jadi tukang snap hehee, tq darling!

Continue reading “Bawa Baby Irfan Dating”

8 Bulan, Alamak Dah Melekat

Salam, Sori tajuk saje bikin korang suspen hahahahhahaa, alhamdulillah 21hb yang lalu Baby Irfan genap umurnya 8 bulan, hari yang sama kongsi tarikh lahir dengan En.Suami, hihihi celebrate kat luar, makan-makan je, “hadiah” bagi dah awal tu. Ok citer pasal Baby Irfan ye, sejak lepas Baby Irfan Pertama Kali Demam hari tu, dia punya manja Ya Rabbi..melampau sungguh!

irfan

Tapi dalam melampau tu seronok juga, macam-macam akal dia dapat, dah pandai duduk, dah pandai lepas tangan masa memanjat (risau jatuh je), mulut bunyi je bercakap bahasa dia dan macam-macam lagi lah, seronok pulak melayan dia.

Continue reading “8 Bulan, Alamak Dah Melekat”

Dah 7 Bulan

Salam, maaf blog kelaut sikit 2-3 hari ni, saya sangat sibuk dengan budak kecik kat rumah ni yang Dah 7 Bulan usianya genap semalam 21.7.2013, alhamdulillah syukur Baby Irfan membesar didepan mata.

Irfan

Gambar sumber : AzmanIsmail

Banyak yang baby Irfan dah boleh buat sekarang ni, dah pandai sangat mengada-ngada, kalau duk kat rumah tak mau nak berenggang dengan ibu nye, buatlah apa pun janji dia mesti nampak muka ibu, tak nampak muka ibu je dia mesti menangis..oh..anak!!

Continue reading “Dah 7 Bulan”