10 Bulan Je Aku Dan Slim!

10 Bulan Je Aku Dan Slim!, yep serius tak tipu, ini betul-betul, tak percaya tengok je gambar sebelum dan selepas. ehemmm bunyi macam serius je hahahaa, ini bukan saya ye, tapi Baby Irfan, godek-godek gambar lamanya, Ya Rabbi serius terkejut, banyaknya lelemak anak ku hilang, nampak susut banyak dah dia, mungkin sebab aktif sangat kot, manjat sana sini, buat itu ini, budak nak membesar kan. nak kata tak cukup makan, haishhh serba serbi semangat mak nye masakkan, hahaaha.

myirfan

Ini gambarnya masa umur dalam 3-5 bulan macam tulah, belum pun mula makan lagi, tapi tengok kemain kembung pipinya hihihi.

Continue reading “10 Bulan Je Aku Dan Slim!”

Botakkan Kepala #MyIrfan Lagi

Hi, kelmarin Suami bawa anak-anak gunting rambut, sekali dengan Baby Irfan dia angkut bawa sekali, tinggal lah seorang kat rumah (ngemas, masak..bla..bla….), balik-balik je dengar suara Angah jerit-jerit kat luar “Ibuuuuuu….tengok kepala adik dah botak licin” HAHAHAHAHAA

myirfan

Sebenarnya saya tidak terkejut pun kikikiki, sebabnya kami memang berhajat nak cukur rambut dia lagi, saja lah nak botakkan, takde sebab apa-apa pun (boleh tak bagi sebab gitu? hihihi), sebenarnya saja ikut petua orang tua-tua, kotlah anak tu nanti jadi orang yang cerdik, islamic sikit hehee, buatlah juga, saja…bukan nak kata percaya, lagi pun tak susah mana nak buatnya, bercukur juga kan sunat.

Continue reading “Botakkan Kepala #MyIrfan Lagi”

Tengok Boleh, Kacau jangan!

Salam, sejak Baby Irfan ni dah besar sikit, kemain banyak akal dia tau, kadang tu dah pandai merajuk, demand lebih hahahhaa, bagi adik kang baru tau! heheee.

20131001-123904.jpg

Sekarang ni dia dah pandai berdiri sambil lepas tangan, sikit hari lagi dah boleh berjalan ni, insyaALLAH. Dan bila dah besar sikit macam ni, perhatian kena 200% lebih. tak boleh biar duk sensorang, tak boleh tinggalkan dia bermain sendiri. kejap lagi melepak kat anak tangga sob…sob…

Continue reading “Tengok Boleh, Kacau jangan!”

8 Bulan, Alamak Dah Melekat

Salam, Sori tajuk saje bikin korang suspen hahahahhahaa, alhamdulillah 21hb yang lalu Baby Irfan genap umurnya 8 bulan, hari yang sama kongsi tarikh lahir dengan En.Suami, hihihi celebrate kat luar, makan-makan je, “hadiah” bagi dah awal tu. Ok citer pasal Baby Irfan ye, sejak lepas Baby Irfan Pertama Kali Demam hari tu, dia punya manja Ya Rabbi..melampau sungguh!

irfan

Tapi dalam melampau tu seronok juga, macam-macam akal dia dapat, dah pandai duduk, dah pandai lepas tangan masa memanjat (risau jatuh je), mulut bunyi je bercakap bahasa dia dan macam-macam lagi lah, seronok pulak melayan dia.

Continue reading “8 Bulan, Alamak Dah Melekat”

Kena Buli

Salam, hihihi ini bukan kes besar, kes kecil dan terpencil kot hahahaa, bosannya siang hari duk berdua dengan Baby Irfan je, Abang-abangnya ada kat kampung, jadi melayan si Baby ni jelah, mujurlah dia dah besar sikit, dah banyak akal hahaha *penat gendong*. Hahhh…dah tu asyik dia je buli mak pak kan? kita buli dia pulak kikikiki.

Continue reading “Kena Buli”

Baby Irfan Pun Kena Calit

Salam, baru ni kan gi mengundi, so seperti yang semua maklum, jari kena calit dengan Dakwat Kekal, jadinya saya juga tidak terkecuali, seronok sebab ini adalah Pengalaman Pertama Kali Mengundi. Nak dijadikan cerita, bukan jari saya je yang kena calit, muka Baby Irfan pun kena calit heheee~

baby irfan

Heheee saya sedar yang muka Baby Irfan terkena Dakwat Kekal masa nak turun dari kereta, kami melawat adik di Kem PLKN petang hari mengundi tu, punyalah kelakar tengok muka Baby Irfan hahahaa..adehhh sayang maafkan ibu ye, tak sengaja.

Continue reading “Baby Irfan Pun Kena Calit”

Baby Irfan Di Event Blogger

Salam, kan saya dah cakap yang saya kini kalau nak kemana-mana tak boleh dah pergi sensorang, kena bawa “Magnet” sekali hihihi, sabtu baru ni bawa Baby Irfan Di Event Blogger, rasanya tak pernah orang buat kot bawa baby 3 bulan pergi event hehee

irfan

Mujurlah sebelum tu dah maklumkan nak bawa “magnet” ni sama sebab dia tak boleh nak tinggal, direct feeding so kena bawa kemana-mana. Dah nak 2 bulan kot usahakan Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu tapi tak berjaya, apa boleh buat huhuhu mujurlah saya housewife hiks!

Continue reading “Baby Irfan Di Event Blogger”

Baby Irfan Meniarap Umur 57 Hari

Salam, baru-baru ni Baby Irfan Meniarap pada Umur 57 Hari, memang betul-betul mengejutkan kami anak beranak, kemain gigih dia nak meniarap, Tahniah sayang…hihihi, layan video Baby Irfan meniarap.

Video ni bukan kali pertama dia meniarap, tapi dah banyak kali, Baby Irfan tidur pun suka mengiring, maybe sebab tu senang untuk dia meniarap kot.

Continue reading “Baby Irfan Meniarap Umur 57 Hari”

Peneman Online

Salam, ehemmm sekejapnya masa berlalu, hari ini alhamdulillah dah masuk hari yang ke 20 saya berpantang. Nak online macam dulu pun agak payah sedikit sebabnya mood online sepenuhnya belum mari, mujur hari ni “terjarin” nak online. Yang bestnya dah ada Peneman Online hehee best~

SONY DSC

Seronok sambil online sambil cium gomol si kecil ni, siap boleh nyusukan si kecil sambil online, ohhh bestnyaaa ada peneman online yang cute ni, memang sporting betul, abang-abangnya bersekolah, mujurlah ada si kecil ni buat peneman, kalau tak confirm bosan duk rumah wuuwuuu~

Continue reading “Peneman Online”