Jangan kedekut untuk memberi backlink

Salam semua, terlebih dahulu terima kasih Yan ucapkan pada rakan-rakan yang sudi memberikan backlink kepada blog ini, sejak akhir-akhir ini banyak sungguh backlink yang Yan terima dari mereka, sharing is caring kan. Sebenarnya entry ini dah lama jugak rasanya nak publish tapi asyik tertangguh, maklumlah ku bukannya jenis reti nak ngarang-ngarang entry yang berbentuk macam nie, tapi takpe ku teruskan jugak, nie versi Yanmie okeh 🙂

backlink

Kredit gambar bhkit.com

Sebenarnya korang tak rugi pun kalau kita saling membantu dalam memberikan linkback kepada blog tertentu, tapi biarlah linkback yang diberikan tu berhemah sikit, maksud Yan jangan letak link dalam perkataan “SINI” seeloknya tuliskan tajuk entry atau apa-apa tajuk untuk entry link tersebut, barulah sedap mata tuan yang di backlink kan tadi memandangnya *sekadar pendapat* dalam pada tu barulah jugak sedikit sebanyak dapat menarik minat orang untuk membacanya.

Continue reading “Jangan kedekut untuk memberi backlink”

Berakhirnya Contest Hidup Seorang Blogger

Salam semua, lebih kurang 3 jam lagi contest HIDUP SEORANG BLOGGER yang di anjurkan oleh Bro Denaihati akan berakhir, yang pastinya sekarang ramai yang ternanti-nanti keputusan siapakah yang bakal berada di dalam top 10 di enjin carian Google.com menggunakan pelajar Firefox.

Sekarang nie kalah menang belakang cerita, apa yang Yan dapat dari contest ini ialah ilmu SEO dan secara tidak langsung mendapat backlink dari Bro Denaihati yang mana mempunyai PR yang agak tinggi iaitu PR4, itu pun dah cukup bagus sangat, thanks Bro!

Dan tahniah jugak kepada 50 orang peserta yang berjaya menerbitkan kedua-dua entry wajib HIDUP SEORANG BLOGGER, hampir kesemua jugak blog Yan skodeng..nnggee~~~ 😛 ternyata banyak entry yang sangat bermutu, macam-macam cerita pahit manis cabaran hidup sebagai seorang blogger.

Di akhir entry ini, Yan ucapkan terima kasih buat Bro Denaihati atas penganjuran contest ini dan jugak buat equrban yang turut menaja hadiah buat pemenang. mudahan kalian di murahkan lagi rezeki…amin 🙂

Nota Yanmie : Siapalah agaknya ye yang berjada di kedudukan top 10 🙂