Jerebu Di Bandar Puteri Klang?

Salam, cuaca tak menentu sejak akhir-akhir ini, sidai kain seharian pun belum tentu kering, Jerebu Di Bandar Puteri Klang nie memang teruk jugak, kalau pagi tu pukul 1-2 pagi bau asap bukan main kuat lagi sampai menyerap dalam bilik, bau asap dalam aircond, ingatkan ada kebakaran kat kawasan rumah, pedahal jerebu je pun.

jerebu di klang

Tengok gambar atas tu, waktu nie pukul 12.30 tengahari tadi, keadaan macam baru pukul 7-8pagi. bau asap bukan main kuat lagi.

– Anak beranak batuk :'(

Pertama kali memandu kereta en.hubby

Salam semua, nak cerita pasal kes semalam ke myMydin kat area rumah nie je di Bandar Puteri Klang, alkisah en.hubby Yan suruh Yan drive kereta dia..fuh tak nak Yan bawa tp en.hubby paksa gak suruh bawa kalau tak bila nak reti bawa kereta dia tu kan, yelah sebelum nie Belajar Memandu guna kancil dan viva so tak retilah nak bawa kereta besar-besar nie, lagi-lagi kereta buatan negara luar, seram sejuk jadiknya duduk dalam kereta en.hubby…ahahaa

Aiyoo anak-anakku nie, asal ambik gambar mulalah nak interprem 🙂

Sejak lulus test JPJ hari tu memang takde drive kereta, so semalam tu ler pertama kali drive lepas dapat lesen kereta. Rasa kekok pun ada bawa kereta nissan en.hubby tu, sebabnya Yan nie rendah so seat memang haruslah kedepan sangat. nak tekan klac, break dan minyak pun payah..jauh benar duduknye…ehehe kereta manual, kalau Auto sedap sikit tekan 2 benda je 🙂

Continue reading “Pertama kali memandu kereta en.hubby”