Kad Komuter 1 Malaysia – Diskaun 50% dari KTMB

Salam, seperti yang telah dibentangkan pada Bajet 2013 baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kad Komuter 1 Malaysia – Diskaun 50% dari KTMB diperkenalkan, dan Diskaun 50% ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 kebawah.

Alhamdulillah, diskaun seperti ini yang diharapkan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan komuter sebagai pengangkutan harian mereka, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan pengangkutan.

Pendaftaran bagi membuat Kad Komuter 1 Malaysia boleh dibuat bermula 22 Oktober ini sehingga 21 November di kaunter khas KTMB yang telah disediakan, terdapat 20 kaunter khas bagi urusan pendaftaran Kad Komuter 1 Malaysia ini. Selepas 21 November, kaunter khas ditutup dan pendaftaran hanya boleh dibuat di Stesen Komuter KL Sentral sahaja.

Continue reading “Kad Komuter 1 Malaysia – Diskaun 50% dari KTMB”