Salam, semalam beli barang dapur, kalau dulu kami suka shopping di Econsave, tapi kini tidak lagi, kami suka shopping di Pasaraya NSK sebab makanan laut yang dijual disitu segar-segar belaka, lagi pulak dari rumah nak ke NSK Taman Sentosa Klang tidak lah jauh mana berbanding nak ke Econsave tu. Yang paling best bila kerja-kerja memasak dapat dimudahkan lagi.
Mudah sebab bila saya beli daging lembu, part yang saya tak suka dan malas adalah memotong daging hehee, tak tau kenapa, macam banyak masa dihabiskan hanya dengan potong daging sahaja, tu belum kena tang bahagian lemak yang liat nak dipotong kehkehkeh, ikut saya kalau susah sangat nak potong part tu saya buang je…opss!!