Bestnya Guna Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB

Salam, ehem seronok dapat gadget baru, lagi gadget yang memang sangat diperlukan macam Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB, 3.0 USB ni, hati berbunga-bunga seronoknya hihihi, makasih Toshiba Malaysia sebab bagi kita gadget comel ni. Nak tahu, Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB, 3.0 USB ni belum berada dipasaran Malaysia tau, kalau tak silap saya mungkin pertengahan bulan ni, jadinya bertuah rasa jadi antara orang terawal guna di Malaysia ni heheee.

toshiba external hdd

1st impression tengok Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB ni, perghhhh~ mengancam betul, kecil, slim dan ringan pulak tu, dapat pulak warna Silver ni, comel sangat!. untuk Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB ni ada 2 pilihan warna iaitu warna silver dan juga hitam tau.

Continue reading “Bestnya Guna Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB”