Big Apple Donut – Melayan Tekak

Salam, since dah teringin nak makanĀ Big Apple Donut tu kan, duk asyik teringat jeler kat donut big apple ni, walaupun kenkonon dah melepas hajat makan donut buatan sendiri, tapi tak lawan dengan keinginan anak tekak ni hehee, tak boleh jadi kena cari jugak ler, malam pun malam lah…kita redahhhh hujan hahhahaa.

jusco bukit tinggi klang

Gambar ambil dari instagram, follow @yanmie ^ __^

Kami pergi kat Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang aje, mujur ler dekat dengan rumah, 5 minit aje dah sampai, ni sebab mengidam sanggup pergi hujan-hujan, kalau tak mengidam ni mesti hubby jawab, “besok-besok jeler, kan hujan ni” hahahaa, seronok betul berbadan dua ni, apa kita nak semua dapat ekekeke.

Continue reading “Big Apple Donut – Melayan Tekak”

Big Apple Jusco Bukit Tinggi- Menang lagi

Salam, baru nie ke Jusco Bukit Tinggi bertiga tanpa en.hubby, sebelum tu sms en.hubby untuk minta izin keluar rumah. So macam biasa lah kalau dah keluar tu harus shopping, jalan-jalan cari makan singgah KFC dan sebelum balik tu Singgah Big Apple, Aiman teringin nak makan Big Apple, beratur panjang jugaklah, takpe demi anak ku turutkan jua.

big apple

Untuk 12 ketul nie tak silap RM25.00 kot

Amik ko 3 orang punya makan 12 ketul tu, hehee biasa beli 12 ketul je, takpelah buat stok dalam peti (dah habis). Sebenarnya anak-anak yang teringin nak makan, maknya rasa sikit-sikit je, maklumlah manis sangat, kang melambung pulak naiknya berat badan nie..sob..sob..

Oh yea, Yan menang lagi untuk 10Malaysia Top Link Bulan Februari dan Mac dari Blog Denaihati dan jugakĀ menang Cabutan Bertuah dari Blog Cikmin, merasa lagilah Macarons dari Cikmin..heeee.

Nota Yanmie : Alhamdulillah rezeki!