Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015

Salam, sekarang dah mula untuk Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015, saya dah lama daftarkan Haziq untuk kemasukkan tahun 1 sesi 2014 pada bulan Disember yang lalu, awalkan? hihihi sebab taknak tangguh-tangguh dah, rasa serabut je jiwa kalau tak setel benda-benda gini, dan bukan apa, takut terlupa sama, kang tak pasal-pasal anak tak dapat masuk ke sekolah yang dekat dengan rumah, daftar awal untuk mendapatkan tempat disekolah yang kita nak, tapi apa pun ianya bergantung kepada kekosongan yang ada.

sk taman klang jaya2 Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014

Jangan tak tahu, Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2014/2015 juga boleh dibuat secara online internet melalui laman Sekolah Malaysia, malah anda digalakkan untuk menggunakan sistem tersebut, tetapi saya hari tu terus pergi ke sekolah, senang nak tanya apa-apa yang bermain difikiran, cuma isi form aje dan bawa dokumen penting, pihak sekolah yang akan uruskan untuk tindakan selanjutnya, urusan tak sampai 5 minit pun, bukan taknak buat online, kalau online ni rasa was-was tu ada juga, takut ada tersilap ke apa ke kan, so saya rujuk ke sekolah terus, habis cerita hehee.

Continue reading “Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015”

Permohonan Daftar Kemasukan Ke Sekolah Rendah Tahun Satu Sesi 2013

Salam, baru nie kami ke sekolah rendah untuk membuat Permohonan Daftar Kemasukan Ke Sekolah Rendah Tahun Satu Sesi 2013, giler awalkan nak daftar?, ingatkan daftar tahun depan je, tapi MIL dan sedara yang cikgu tu cakap memang dah buka dah pendaftaran untuk murid tahun 1 sesi 2013, tapi time tu buat dek je heeee, bila baru nie member datang open house kat rumah nie, dia kata dia dah daftar anak dia untuk sesi 2013, kami pun seminggu lepas tu gi daftar untuk Aiman jugak.

sk taman klang jaya

SK Taman Klang Jaya

Budak Pejabat sekolah tu cakap, bukan apa, sebab takut nanti sekolah tu penuh nanti kena cari sekolah lain, kalau daftar awal ada kemungkinan dia akan ditempatkan disekolah yang kita daftar tu, lagipun itu jelah sekolah yang paling dekat, tak dekat 3KM juga dari rumah heeee.

Continue reading “Permohonan Daftar Kemasukan Ke Sekolah Rendah Tahun Satu Sesi 2013”