HIDUP SEORANG BLOGGER

Salam semua, cabaran hidup seorang blogger ada pahit, masam dan jugak manisnya. Yan start blogging 29.12.2006 bermula dengan flatform wordpress.com tetapi di sebabkan tak berapa reti nak guna wordpress.com Yan beralih ke blog.com tak puas hati dengan blog.com Yan beralih pulak ke livejournal.com dan masih jugak tak puas hati tu sehinggalah Yan blogging menggunakan blogspot. memang time nie yang meletop2 pun adalah flatform blogger iaitu blogspot.

dulu2 zaman Yan blogging tu memang tak ramai lagi yang berbelog tak macam sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. dulu nak cari tutorial pun memang susah, pening jugak encik google cari, selalu tutorial yang Yan jumpa mengarah ke blog-blog jiran kita di indonesia, tapi takpe masih faham lagi…hidup seorang blogger tak macam sekarang blog tutorial berlambak, memang mudah sangat! google aje terus jumpa page kawan-kawan kita.

Continue reading “HIDUP SEORANG BLOGGER”

Projek Kuih Batang Buruk Sabah Versi Yanmie

Salam semua, pagi nie macam biasa ada kelas Belajar Memandu, masih lagi nak cekapkan diri dalam bab berhenti di bukit dan jugak parking, kalau bahagian Litar dan Jalan Raya tu dah takde masalah. Insyallah kalau takde apa-apa 25hb nie Yan Test JPJ. Oklah bukan nak cerita pasal belajar memandu..ehehe nie nak cerita projek kuih batang buruk yang sedang berjalan dengan rancak 😛

Proses menggulung kuih batang buruk sabah versi yanmie 🙂

Alhamdulillah rezeki datang dan terus datang, projek batang buruk kini bermula, asal-asalnya tak plan nak ambil tempahan tetapi atas permintaan yang tinggi dan tak nak menghampakan regular customer, Yan ambik jugak tempahan tersebut, Yan percaya ini adalah rezeki di bulan ramadhan. Alhamdulillah 🙂

Continue reading “Projek Kuih Batang Buruk Sabah Versi Yanmie”