Dulu Suka-suka, Sekarang Terlebih Suka!

Salam, seronok juga kalau dapat cerita tentang pengalaman memulakan blog ni, tentu ada rakan yang nak baca perkongsihan ini..ewahh, kotlah kan…heheee, sebenarnya saya mula menulis blog sejak tahun 2005 lagi, masa tu aiman masih dalam kandungan, sehinggalah Aiman lahir, Haziq lahir dan insyaallah tidak lama lagi anak ke 3 saya akan lahir dan saya masih lagi menulis di blog ini, insyaallah, anak-anaklah jadi punca mula-mula saya ingin menulis blog, ingin berkongsi dan mengabadikan kenangan yang terindah di blog ini.

langkawi cable car

Masih aktif menulis Blog ^___^

Bermulanya saya menulis di wordpress.com, livejournal.com, blog.com dan banyak lagilah platform yang saya cuba sehinggalah saya jatuh hati dengan blogspot time tu, bertahun-tahun juga saya menggunakan platform blogspot, masa tu tidak ada banyak tutorial yang disediakan atau ditemui di laman google malaysia, hasil carian lebih menjurus kepada blog rakan senegara iaitu Indonesia, kebanyakkannya tutorial blog saya perolehi dari blog-blog indonesia, sebab time tu tak ramai lagi blogger Malaysia yang membuat tutorial, tidak seperti sekarang, bagai cendawan tumbuh, baru blogging sebulan dah pandai keluarkan tutorial 😀

Continue reading “Dulu Suka-suka, Sekarang Terlebih Suka!”