– Wordless Wednesday, Ini PA saya ^_^
Tag: buat duit dengan blog
Dulu Suka-suka, Sekarang Terlebih Suka!
Salam, seronok juga kalau dapat cerita tentang pengalaman memulakan blog ni, tentu ada rakan yang nak baca perkongsihan ini..ewahh, kotlah kan…heheee, sebenarnya saya mula menulis blog sejak tahun 2005 lagi, masa tu aiman masih dalam kandungan, sehinggalah Aiman lahir, Haziq lahir dan insyaallah tidak lama lagi anak ke 3 saya akan lahir dan saya masih lagi menulis di blog ini, insyaallah, anak-anaklah jadi punca mula-mula saya ingin menulis blog, ingin berkongsi dan mengabadikan kenangan yang terindah di blog ini.
Masih aktif menulis Blog ^___^
Bermulanya saya menulis di wordpress.com, livejournal.com, blog.com dan banyak lagilah platform yang saya cuba sehinggalah saya jatuh hati dengan blogspot time tu, bertahun-tahun juga saya menggunakan platform blogspot, masa tu tidak ada banyak tutorial yang disediakan atau ditemui di laman google malaysia, hasil carian lebih menjurus kepada blog rakan senegara iaitu Indonesia, kebanyakkannya tutorial blog saya perolehi dari blog-blog indonesia, sebab time tu tak ramai lagi blogger Malaysia yang membuat tutorial, tidak seperti sekarang, bagai cendawan tumbuh, baru blogging sebulan dah pandai keluarkan tutorial 😀
Hasil Blogging Sepanjang 2011
Salam, hiks dah tengok kan Trafik Blog Sepanjang Tahun 2011 blog ini, seperti yang saya janjikan pada entry tersebut, saya akan kongsikan pulak Hasil Blogging Sepanjang 2011, bukan menunjuk tapi sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.
Terasa kerdilnya diriku seorang je bunga kat atas tu hihihi
Permulaan tahun 2011 yang sangat manis bila mana saya mendapat Smartphone HTC Desire Z dari program maxis10, alhamdulillah syukur sangat.
Aku Seorang Blogger
Salam, meh nak cerita kisah Aku Seorang Blogger, sebelum entry ini berjela-jela nak bagitau dulu yang entry ini adalah entry contest seo dari 2dayblogger.com, korang kalau nak join klik aje link atas tu yea. Meh nak cerita tapi intro dulu gambar bawah nie yea, kikikiki
Yea itu Aku bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang, bukan mereka dan bukan siapa-siapa, Aku Seorang Blogger, seorang isteri dan ibu kepada 2 orang hero yang comel, tengok gambar kami berempat tu, comel kan? HAHAHA -..- jangan ada yang muntah darah.