Salam, yeayyy akhirnya dah merajinkan diri pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang untuk membuat buku merah atau lebih dikenali sebagai buku ibu mengandung. 5 tahun juga tak ke klinik mengandung ni heheee, kali ni nampaknya makin keraplah saya berkunjung ke klinik kesihatan ni, insyaallah.
Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang ni takdelah jauh manapun, dalam 5 minitlah dari rumah kalau naik kereta, bersebelahan sahaja dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang, lepas check up boleh gi shopping hahahaha.