Bunga Api Pop Pop untuk Aiman dan Haziq

Salam semua, hati masih runsing tapi ada sedikit ketenangan, harap2 semua masalah selesai dalam masa terdekat agar rasa hati nyaman. Oklah nak cerita pasal semalam jiran Yan (orang india) bagi bunga api pop pop kat Aiman dan Haziq, ala bunga api yang jenis baling ke bawah tu pastu meletup gitu, bapak banyak jiran nie bagi, yelah maybe diorang banyak stok kot sempena Depavali nie, apa lagi layan ler semalam diorang main bunga api tu sampai habis.

bunga api Pop Pop

See banyak jugak kan yang jiran Yan bagi nie, ada 6 kotak, jenuh nak perabis…huhuhu, haziq pulak x reti dan takut, so Aiman ajelah yang layan Pop Pop tu, sakan dia main 🙂

Continue reading “Bunga Api Pop Pop untuk Aiman dan Haziq”

Memori Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam semua, hari nie baru nak ada mood nak update entry raya…ehehe orang lain dah basi dah cerita raya nie tapi lain pulak Yan nie baru beria-ia nak entry kan sini 🙂 hari tu cuti raya 1 minggu, nak online pun payah sebabnya streamyx kat kampung buat hal, so online guna broadband aje tu pun merangkak-rangkak jugak, last-last layan game je kat lappy nie.

Raya tahun nie kat kampung en.hubby di Jengka 13, Pahang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, sambutan raya kat sana meriah jugak terutamanya pada malam raya, bunyi bunga api sana sini, boleh kata hampir setiap rumah main bunga api yang jenis bunga api bateri tu, ala yang bunga api macam sambutan merdeka tu.

Continue reading “Memori Hari Raya Aidilfitri 2010”