Bila Dah Serius Berniaga Online

Assalammualaikum, alhamdulillah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menguruskan Rumahtangga dan juga kedai online Butik Baby Ibu ini walaupun dalam keadaan sarat mengandung anak yang ke 4.

web butik baby ibu

Banyak lagi barang belum dimasukkan, tunggu free hihihi

Dan Alhamdulillah maju selangkah kehadapan Bila Dah Serius Berniaga Online ni, saya dapat membuka Web E-Commerce untuk Butik Baby Ibu yang mana beroperasi sepenuhnya dari rumah, berkat dari sokongan dan dorongan dari insan-insan tersayang dirumah ini. Saya menggunakan perkhidmatan dari Squarelet E-Commerce. Bila dah sanggup keluarkan duit macam ni, ini maknanya serius kekekeke

Continue reading “Bila Dah Serius Berniaga Online”

2014 Permulaan Yang Baik – Butik Baby Ibu

Assalammualaikum, wowww tudia lama gila tak update blog, ini entry pertama tahun 2014 hehee, pembukaan tahun yang baik, alhamdulillah saya dapat buka 1 kedai online, sambil-sambil dari takde buat apa kan, siang hari saya berdua aje dengan Baby Irfan. Aiman dan Haziq Sekolah pagi petang.

butik baby ibu

Facebook Butik Baby Ibu

Jadi untuk hilangkan rasa bosan dan sesambil buat duit online, saya buka kedai, kedai barangan untuk bayi, kanak-kanak serta untuk ibu. Alhamdulillah berniaga sikit-sikit, jadi seronok pula, tu yang blog tak terupdate terus hehee, adeiii nanti kena susun balik jadual 2014 ni. apa pun blog dan bisnes online ni adalah sambilan, hobi orang kata. saya lebih fokus kepada keluarga, insyaALLAH.

Continue reading “2014 Permulaan Yang Baik – Butik Baby Ibu”