Salam, nampaknya untuk random kali pertama dan kedua hari tu ada seorang yang tak tebus hadiah, dah melebihi 5 hari dari tempoh yang ditetapkan, maaf sepatutnya anda yang join apa pun sebarang contest, sepatutnya anda follow up, terima kasih pada semua yang masih terus follow up even tak berjaya. Disini saya lakukan lagi sekali random untuk seorang pemenang.
Sekiranya masih belum ada yang menebus, random akan tetap dilakukan untuk mencari pemenang sampai dapat huhuhu, tapi tempoh 5 hari sahaja, sekiranya tidak dituntut dalam masa tersebut, random akan dibuka semula.
Salam, memandangkan ada 2 orang lagi pemenang cabutan bertuah yang masih belum menebus hadiah mereka, sudah melebihi tempoh 5 hari, maaf saya terpaksa membuka peluang tersebut kepada 2 orang lagi peserta contest cabutan bertuah saya seperti yang saya nyatakan di SINI. Dibawah ini merupakan random yang saya buat semula untuk lagi 2 orang pemenang.
Tahniah pada mereka diatas (rezeki anda), saya harap anda adalah pemenang yang betul-betul inginkan hadiah ini, tebus hadiah ini dengan menghantar email kepada saya dengan kadar secepat yang mungkin, sekiranya anda masih gagal untuk menuntut hadiah ini dalam tempoh 5 hari, saya akan buka lagi sekali random ini kepada peserta lain.
Salam semua, terima kasih pada yang sudi join Cabutan Bertuah Yanmieonline.com, terima kasih jugak atas sokongan anda kepada saya. Berikut dibawah Senarai Pemenang Cabutan Bertuah Yanmieonline.com yang telah dicabut menggunakan random.org
Tahniah kepada pemenang diatas, saya pun tak cek lagi siapa pemenang-pemenang tersebut, untuk menyemak nombor bertuah anda, boleh pergi ke link dibawah.
Pemenang akan menerima 1 box macaron, sila tebus hadiah anda dengan menghantar butiran ke alamat email yanmie82@gmail.com menggunakan format dibawah.
Nama Penuh :
Alamat untuk penghantaran hadiah :
No Tel :
Url Blog:
Pada yang tidak berjaya, jangan kecewa, insyaallah lepas ini sekiranya dimurahkan lagi rezeki saya akan buat lagi contest diblog ini, terima kasih atas sokongan anda semua, anda tak dapat hadiah tapi anda dapat backlink dari saya ^_____^
– Sekiranya pemenang yang tidak menuntut hadiah dalam masa 5 hari, hadiah tersebut akan di random semula untuk diberikan pada pemenang yang lain, sekian!
Anda berminat untuk merasai kelazatan Macaron, sejenis makanan yang popular di Negara Perancis yang mana telah mencetuskan fenomena di Negara kita Malaysia, makanan yang agak unik dan sedap disamping harganya yang sangat special.
Saya dengan ini menawarkan kepada anda semua pembaca blog ini untuk mendapatkan FREE 5 Box Macaron, boleh mencuba untuk Cabutan Bertuah Yanmieonline.com. Klik link bawah untuk selanjutnya.
Salam semua, weehhoo banyak betul benda percuma sekarang nie kan. tak perlu nak keluar duit nak beli benda mahal-mahal nie, terkini ada pulak Cabutan Bertuah MacBook Air bernilai RM3,299 yang di anjurkan oleh Dealmates.com. Jomlah cuba mana tau ada rezeki kan, kalau dapat memang berbaloi-baloi tu.
Weehhooo nipisnyaaa!!!
Meh nak ajar macam mana cara nak masuk Cabutan Bertuah MacBook Air bernilai RM3,299 nie. Tak silap MacBook Air inilah yang di idam-idamkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza masa sambutan ulang tahun kelahirannya 1.1.11 hari tu.
Salam buat semua, mesti ramai yang ternanti-nati keputusan Cabutan Bertuah ini kan? Sebelum tu seperti yang kawan-kawan semua sedia maklum, Cabutan bertuah ini di cabut oleh anak kami yang sulung Aiman namanya.
Sebagai menghargai semua penyertaan dari kawan-kawan semua, Kami dengan ini ingin menambah bilangan Pemenang yang bertuah. maklumlah tak sangka pulak sambutannya amat memberangsangkan, mula2 ingat target yang masuk dalam 20 orang macam tu, tapi 5x ganda dari yang kami sangka iaitu 110 Penyertaan. Terima kasih buat kawan-kawan semua kerana sudi memeriahkan lagi Cabutan Bertuah ini.
So memandangkan yang menyertai Cabutan Bertuah ini 5x ganda dari sangkaan kami, jadi kami ingin memberikan hadiah saguhati buat 3 orang yang bertuah. dan seperti yang kawan-kawan tahu, pemenang Utama hanya seorang dan begitu jugak dengan Pemenang untuk Referrer, jadi kesemuanya 5 orang yang bertuah.
Jadi siapakah mereka-mereka yang bertuah itu?? Saksikan Video ini sehingga habis, barulah kawan-kawan semua tahu siapa yang bertuah itu. Jom layan kejap yea…
Mereka yang bertuah ini akan menerima hadiah seperti yang telah dijanjikan iaitu Minyak Wangi Pure dan barangan Mutiara Asli dari Sabah.
Hadiah untuk Pemenang Utama Minyak Wangi Pure dan 2 Utas Gelang Mutiara Asli dari Sabah
Hadiah untuk pemenang Referrer adalah sama seperti pemenang utama. Pemenang untuk Referrel ini jatuh kepada Zai Kulim, Tahniah dari kami. Zai Kulim berjaya memperoleh sebanyak 14 Referrel.
Yang nie 3 hadiah saguhati. Isi dalamnye?? angpau ke?? hehehe…special jugak isi dalamnya nie, yang pasti orang perempuan sangat suka dengan benda nie. Nak tahu?? nanti tanya dengan pemenangnya nanti bila dah dapat hadiah nie…ahaks…
So pada pemenang yang bertuah, sila emailkan alamat korang untuk tujuan pengeposan. Kalau cepat korang kasik alamat maka cepatlah jugak hadiah nie sampai ke tangan korang. Hadiah nie akan dipos serentak. So kelima2 yang bertuah ini emailkan alamat korang dengan cepat yea…
Sekali lagi Tahniah diucapkan kepada mereka 5 orang yang bertuah, pada yang tidak menang, jangan kecil hati..insyallah ada rezeki lain yan buat lagi ok! terima kasih sekali lagi atas kesudian kawan-kawan semua menyertai Cabutan Bertuah ini.
Pada pemenang, sila emailkan alamat dan no telefon untuk urusan pengeposan kepada yanmie@yanmieonline.com
Salam buat semua. Korang nak hadiah tak? meh Yan nak kasik kat korang. Caranya mudah aje.
1. Apa yang perlu korang buat hanyalah copy paste ayat di bawah dan buat satu entry baru dengan memasukkan ayat dibawah sebagai entry korang dan publish Entry macam biasa.
Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
3. Untuk referrer pulak jagan lupa nyatakan darimana korang tau tentang pertandingan nie. Contohnye ” Saya tahu pertandingan ini dari blog si A”
4. Sekiranya anda sudah menyiapkan Entry tersebut, sila tinggalkan komen di ruangan ini, agar mudah untuk Yan spotcek ok!
5. Pertandingan ini tamat pada 31/01/10 pukul 11.59pm
6. Cabutan akan dibuat oleh Putera kesayangan kami Aiman, bukti cabutan akan dikemukakan pada hari cabutan nama pemenang.
See sangat mudah untuk menyertai pertandingan ini. Jom, jangan segan-segan yea..penyertaan dibuka kepada semua, tidak kira yang blogspot ataupun yg berdomain self hosted. Apa yang penting blog korang mestilah berusia sekurang2nya 2 minggu.