Belacan Sedap Di Kuala Perlis

Salam, kami ni boleh kata memang penggemar belacan kuala perlis, tak silap namanya DJ Belacan. Tekak ni kalau buat belacan guna belacan lain mesti tak berapa nak masuk tekak, macam busuk je bau belacan yang dibeli dari tempat lain tu. Tapi kalau dah siap dibuat sambal belacan contohnya di kedai makan tak pula bau hahahaha. Pelik kan???

image

Stock belacan kat rumah ni mesti dari Kuala Perlis, dah macam syurga belacan kot kat Kuala Perlis ni, kedai belacannya sebelah menyebelah je, ramai betul meniaga belacan kat sini, mungkin sebab duk di tepi laut kot.

Continue reading “Belacan Sedap Di Kuala Perlis”

Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Salam, Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap, meh nak share cara buatnya, ni versi lain sikit, memang sedap, adik saya buat sambal belacan gini, kalau dia yang buat boleh meleleh air mata pedas plus sedap tu hihihi.

sambal belacan sedap

Sambal belacan ada banyak jenis, tapi jenis yang adik buat ni memang ngam dengan tekak, pedas pun tak kisah hahahaa, suka sangat tau sambal belacan dia buat tu, sambal belacan orang banjar kot, suami dia orang banjar, kalau kami ni dikampung kurang gemar makan sambal belacan, ni pun start makan since kenal suami dulu hihi.

Continue reading “Resepi Cara Buat Sambal Belacan Sedap”