Tomyam Berkrim

Salam, baru ni suami request nak makan tomyam letak santan tu, ala tomyam macam orang Thai buat tu, hari tu kan dia pergi outstation ke Thai, dapatlah makan tomyam tu, so saya gigihkan jari jemari menggoogle resepi tu, adalah juga jumpa 1 resepi tu tapi bahan-bahan yang digunakan dalam resepi tersebut tak lengkap, so makanya saya buat resepi sendiri hahhaa, layan!

tomyam berkrim

Nama pun tomyam haruslah ada pati tomyam tu kan, kalau rajin boleh buat pati tomyam tu sendiri, saya guna tomyam stok je, mudah dan menjimatkan masa hehee, nak masak takdelah susah mana pun, cuma step dan teknik tu lain sikit dari masak tomyam biasa tu.

Continue reading “Tomyam Berkrim”