Salam, saya nak kongsi dengan rakan-rakan, kalau sebelum ini seperti yang korang sedia maklum, proses pengeluaran wang kiriman melalui Western Union dari Google Inc (Google Adsense) hanya boleh dilakukan di Pejabat Pos ataupun bank-bank terpilih, tetapi rupanya duit adsense ini juga boleh dikeluarkan melalui Western Union Kiosk ataupun Money Changer yang memaparkan logo Western Union. saya pun baru tahu juga ni (berkat rajin menanya hahaha).
Kalau nampak logo Western Union maksudnya boleh buat yee~
Kalau sebelum ini saya selalu cashout di Pejabat Pos, sekarang ni dah senang sangat dah, tak perlu nak ambil no giliran dan menunggu lama, cuma hanya pergi ke kaunter Western Union Kiosk, erm…tapi saya tak pasti berapa jumlah maximum yang boleh dikeluarkan. kalau setakat 1,855.57 USD = RM6,000 tidak ada masalah untuk cashout di Kiosk Western Union tersebut 😀
Continue reading “Boleh Cashout Duit Adsense Di Kiosk Western Union”