Kesal dengan TM

Salam semua apa khabar? aiyooo takde mood lah nak blogging sebabnya guna broadband celcom kat rumah nie dapat 3G aje, tak tahulah bila nak setel masalah dengan TM nie.

Di maklumkan TM kecurian kabel di kawasan rumah nie so sebab tulah line takde, dan apa yang Yan kesalkan dimana sebelum nie 2nd level TM cakap masalah wiring kat rumah yang problem, diorang suruh buat wiring baru. then kami buat wiring baru…dah duit pulak tu yang keluar kan? tapi rupanya masalah kecurian kabel..

Sangat tak puas hati bila staff TM men sembarang cakap je ada masalah dengan wiring kat rumah!! sakit hati masih terasa…huhu!! saje nak nyusahkan orang!

Harap2 masalah nie dapat lah disetelkan dengan secepat yang mungkin…dah malas nak call TM, asyik2 customer yang kena follow up, diorang tak ada pun call informkan apa-apa…tu sangat kesal dengan TM! biasanya diorang akan call inform, tapi nie habuk pun taraakkkk….huhuhu

Nota Yanmie : Pencurik kabel nie pun satulah!! saje nak menyusahkan orang lain…

Susahnya kalau cakap tak serupa bikin

Salam semua selamat berhujung minggu, sekadar ingin meluahkan rasa hati..huhu, geram ya amat dengan TM, cakap tak serupa bikin betul, minggu lepas ada call buat aduan pasal telefon rumah tak boleh digunakan dan macam tu jugak dengan streamyx tak boleh nak guna, line tak ada. tapi bila call dari handphone ada aje ringging tone tapi telefon tak berfungsi.

Minggu lepas lagi ada call TM maklumkan pasal hal nie, dan adalah jugak staff TM call kata cek kat luar dulu, then lepas tu habis macam tu aje, tak de pulak diorang follow up macam biasa tanya telefon dah boleh guna ke tak, streamyx dah boleh guna ke tak?

Continue reading “Susahnya kalau cakap tak serupa bikin”

Gunakan handset sebagai modem

Salam semua, hari nie nak pegi shopping besar-besaran…hahaha, maklumlah sabtu nie nak balik kampung kat SABAH. Tapi tulah 1 minggu nie asyik berfikir, boleh kah Yan nie berenggang dengan internet? maklumlah blogger tegar…ceh! tak malu ngaku tu…hahhaa.

Nasib baiklah sekarang nie celcom dah ada plan internet prepaid, memang berbaloi, korang boleh buka kat SINI.

kat rumah nie macam-macam liputan ada, GPRS, 3G, HSPDA…

Continue reading “Gunakan handset sebagai modem”