Tertidur dalam Kereta


Saodah tertidur seketika ketika berada di dalam kereta yang dipandu oleh kekasihnya lalu bermimpi.

Dia bermimpi yang mereka berdua sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang Anak. Mereka hidup aman bahagia sehinggalah Saodah mengetahui yg suaminya itu bermain kayu 3 dan mempunyai perempuan simpanan. Bereka bertengkar…

Saodah : Ooo dulu bukan main janji Sehidup semati.
Suami dia : Ala, jgn la marah Dah.

Tiba2 Saodah Mengigau lalu menjerit
“HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK BAPAK SAYA!!!!”

Dengan selamba, kekasihnya yg masih memandu tadi berkata
“Ye la, kan tiap-tiap hari saya fetch awak balik opis, nak hantar kemana lagi kalau bukan rumah mak bapak awak?”

Sumber dari SINI

Mimpi Seorang Isteri







Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“…

**ehehhe…kelakar SmileyCentral.com yan baca td..

tu yg nk posting gak kat sini..hehehe..

Korang penah tak mimpi yang ala2 gini???..

so far Yan x penah lagik..ehehe..

So bila korang mimpi hubby/wife/bf/gf kasik hadiah SmileyCentral.com ala2 gitu..

diorg betul2 kasik tak hadiah yang korang mimpi tu???

meh habaq…jgn memalu SmileyCentral.com..kita share2..eheehhe..

Sumber dari Cerita Lucu

Dah sampai Ipoh ke belum??

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 7 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar.
Ibu itu berpesan pada pemandu bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya…
Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya.”


Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.
setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.
“Sudah sampai Ipoh belom?”
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la..
Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”
Tapi si anak tidak mahu diam,
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
“Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?”
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

“Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!”
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.
Lalu ia bertanya pada para penumpang..
“Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..
perlukan kita hantar semula anak ini?”
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak & setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh…
Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.
“Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!”
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..
Seluruh penumpang kehairanan…
“Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.

“Tidak lah.. mama saya pesan..
kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”

Dipetik dari Sumber Cerita